Oleh: Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat satu lagi pendedahan berhubung pemberian konsensi penswastaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kroni Umno.
Kali ini melibatkan pembinaan kampus cawangan universiti itu di Puncak Alam , Selangor.
Beliau mendakwa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail merupakan individu yang mendapat manafaat besar daripada pemberian konsensi tersebut.
“Konsensi penswastaan UiTM cawangan Puncak Alam dianugerahkan kepada TRIplc Ventures Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat 100 peratus milik penuh TRIplc Berhad.
“Saham-sahamnya secara majoriti dikuasai oleh Tan Sri Rozali Ismail, keluarga beliau dan Individu yang rapat dengan beliau,” jelas Rafizi dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.
Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen pandan menganggarkan Rozali menguasai sekurang-kurangnya 43 peratus pegangan saham di dalam TRIplc.
Ini jelasnya menjadikan Rozali sebagai pemegang konsensi penswastaan UiTM cawangan Puncak Alam. Rafizi sebelum ini mendedahkan tindakan kerajaan memberikan konsensi pembinaan beberapa kampus UiTM kepada kroni Umno.
Tindakan tersebut bakal menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan lebih tinggi berbanding jika kampus-kampus tersebut dibina sendiri kerajaan.
Rozali tegasnya merupakan seorang ahli perniagaan yang memegang jawatan di dalam Umno dan dikenali sebagai individu yang paling mendapat paling banyak manfaat dari Umno.
Terdahulu Rafizi turut mendedahkan pemberian konsensi serupa kepada ahli keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini dikaitkan dengan penyelewengan dana NFC.