Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Saya minta Speaker dengar sahaja luahan rakyat ini'

$
0
0

SALMIYAH HARUN



KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak petisyen peneroka Felda yang menuntut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi lesen persendirian kepada mereka.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memohon agar dewan mempertimbangkan semula petisyen itu untuk memberi ruang isu itu dibahaskan selepas pelbagai usaha telah dibuat.

"Saya minta Speaker dengar sahaja luahan rakyat ini, kita mohon untuk berbahas," kata Sivarasa.

Sivarasa yang mengemukakan peraturan mesyuarat sebaik sahaja sesi soal jawab berakhir jam 11.30 pagi.

"Jika permohonan YB itu diterima bermakna saya sendiri sudah melanggar peraturan mesyuarat.

"Keputusan sudah dibuat dengan alasan yang jelas. Apabila keputusan Speaker dibuat dan ada pertikaian ianya tidak dihormati. Budi bicara ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya," tegas Pandikar.

Dalam pada itu, Pandikar mensyorkan agar perkara itu dibawa ke dalam usul dan ianya boleh dibahaskan panjang lebar.

Cadangan itu dipersoalkan oleh Sivarasa dan membayangkan usul itu nanti akan ditolak oleh Speaker.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Pandikar turut bangun dan mempersoalkan alasan  menolak petisyen itu.

"Alasan Tan Sri lebih kepada pandangan kerajaan. Apakah tidak boleh dengar pula pandangan dan keluhan di bawah?

"Tan Sri, kita membawa perkara ini untuk dengar keluhan peneroka, mereka terbeban. Dengarlah petisyen rakyat!" jelas Azmin.

Bahkan tegas Azmin adalah menjadi tanggungjawab ahli parlimen baik Pakatan Rakyat atau BN membawa suara dan rayuan rakyat.

"Apakah membawa petisyen ini melanggar peraturan mesyuarat?" bidas Azmin.

Hujahan bertalu-talu daripada Azmin membuatkan Pandikar semakin bertegas dan berkali-berkali mengarahkan Azmin agar duduk. Azmin akur.

Semalam, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu N Surendran (Bagan Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) dihalau keluar dewan kerana tidak mendengar arahan Pandikar supaya duduk.

Mereka membawa petisyen rakyat berhubung projek Lynas di Kuantan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722