Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Perlembagaan benar tukar agama anak sepihak'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Perlembagaan Persekutuan membenarkan penukaran agama anak secara sepihak tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapa.

Dalam jawapannya di Parlimen hari ini, Jamil berkata kerajaan persekutuan juga tidak bercadang untuk meminda peruntukan undang-undang bagi penukaran agama kanak-kanak bawah 18 tahun.

Beliau memberi contoh kes Shamala Sathiyaseelan lawan Dr Jeyaganesh C Mogarajah dan Anor pada 2004.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa agama anak berumur di bawah 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa masing-masing.

Mahkamah memutuskan demikian mengikut peruntukan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, katanya dalam jawapan kepada MP DAP Ipoh Timur, M Kulasegaran.

Bercanggah keputusan Kabinet

Mengulas jawapan tersebut, Kulasegaran dalam sidang medianya berkata jawapan Jamil Khir itu bertentangan dengan keputusan Kabinet pada 2009 yang menghalang penukaran agama dengan persetujuan satu pihak sahaja.

Beliau berkata jawapan menteri itu seolah bertentangan dengan jawapan kepada Gobind Singh Deo (Puchong-DAP) berkenaan perkara ini minggu lalu apabila menteri itu menyatakan kabinet masih mengkaji mekanisme terbaik menentukan agama anak ini.

Beliau menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk masuk campur bagi menyelesaikan perkara ini.

"Perdana menteri tidak harus kekal senyap dan menjelaskan kedudukan kabinet dalam hal ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.

"Adakah Kabinet buat pusingan-U dalam penghakiman 2009? Jika ya, bila?," soalnya.

Kulasegaran turut berkata orang yang terbaik memberi komen ini bukanlah Jamil Khir sebaliknya Nancy Shukry, Menteri Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722