Hafiz Roslan
KUALA LUMPUR - MCA hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang & Dasar Pelaksanaan MCA Gan Ping Sieu berkata, Jamil Khir sebagai salah seorang pemimpin Kerajaan sewajarnya mengetahui fakta sebenar sejarah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 mengenai status negara sekular di negara ini.
"Kita memandang berat jawapan daripada Jamil Khir dimana beliau telah mengatakan bahawa 'Malaysia bukan sebuah negara sekular'.
"Jika Jamil Khir mahu putarbelit fakta sejarah, beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak berintegriti dan jujur," katanya kepada Rakyat News ketika di temui di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau turut mendesak Jamil Khir menghentikan serta merta berhubung status negara Islam yang cuba dipertahankan beliau.

Sambil menganggap ianya bercanggah dengan perjanjian yang dimeterai bersama ketika penubuhan Malaysia, Ping Sieu menegaskan pihaknya khuatir isu ini akan memecahbelahkan hubungan sesama kaum yang dipupuk bersama di negara ini sekiranya ia terus menjadi topik perbualan secara terbuka.
"Saya risau sekiranya perkara ini dilanjutkan, apa pula pandangan rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Semasa Malaysia ditubuhkan ketika itu, satu kontrak sosial telah dimeterai bahawa negara ini bercorak sekular dan berlandaskan Majlis Raja-Raja.
"Jangan nak putar belit dan pandai-pandai baca sejarah yang tidak wujud," katanya
Beliau turut merujuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menerusi perbahasan (handset) di Parlimen yang secara terang-terangan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
"Kita bantah dengan sekeras-kerasnya, memang tidak betul ini fakta sejarah jangan putar belit.
"Kalau rasa struktur politik negara ini seharusnya berubah, cakap dengan jelas. Jangan memutarbelit fakta sejarah," ujarnya.
Ping Sieu merujuk jawapan lisan yang dibacakan oleh Jamil Khir kepada salah seorang Ahli Parlimen DAP semalam yang menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan di mana Islam merupakan sebuah Agama Persekutuan.