MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan perkenan baginda berhubung tindakan ke atas naskhah Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Katanya, mesyuarat Exco pada petang ini akan membincangkan mengenai dua pilihan tindakan tersebut dan akan mengemukakan hasilnya ketika menghadap baginda.
Pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat, katanya ketika ditemui pemberita di bangunan DUN Selangor hari ini.
Ini kerana, pertemuan di antara kerajaan negeri, MAIS dan agensi pelaksananya, JAIS serta Mufti Selangor semalam tidak membuahkan sebarang keputusan muktamad, katanya.
Menurutnya, beliau serta anggota Exco mahu naskhah tersebut dipulangkan, namun dibantah keras oleh MAIS dan JAIS yang mahu penerbitan tersebut dilupuskan.
"Tatacara yang kita minta adalah ketetapan yang diutarakan oleh MAIS dan pandangan kerajaan negeri dan juga keputusan yang dibuat oleh pihak Peguam Negara yang akan menjadi isu pelaksanaan dan saya akan memberikan kepada Tuanku 'pilihan-pilihan (opsyen) yang telah dipersetujui oleh kita,
Khalid berkata beliau akan bermesyuarat dengan exco negeri petang ini bagi membuat keputusan sebelum memaklumkan kepada Sultan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai opsyen yang dibincangkan sebaliknya hanya akan membuat pengumuman selepas perjumpaan dengan Sultan.
"Saya akan bertemu dengan exco (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor) petang ini bagi membincangkan isu tersebut.
"Jika ada ketetapan, saya akan mengadap Tuanku esok dan selepas itu baru kita akan buat pengumuman mengenai perkara ini," kata beliau.
Pad Jumaat lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkasa kes rampasan Bible itu ditutup dan tiada sebarang dakwaan dilakukan.
Bagaimanapun Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyanggah keputuan peguam negara itu dan bertegas tidak mahu memulangkannya naskhah Bible yang dirampas kepada Persatuan Bible Malaysia dalam satu operasi Januari lalu.