Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Militan ditembak mati bersembunyi dalam lubang

$
0
0

Sjn Tungkat Anak Unsa daripada Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkalan di Batu Kawa, Sarawak berkata militan itu, yang cuba menyerang hendap pasukan keselamatan seorang diri, ditembak kira-kira 6.30 pagi 7 Mac tahun lepas, hampir 15 jam selepas pertempuran tercetus di kawasan sama yang mengakibatkan 17 militan ditembak mati.

Beliau berkata lubang tempat persembunyian militan itu adalah satu daripada beberapa lubang yang ditemui di tanah di sebuah lembah.

Ketika disoal peguam Datuk N. Sivananthan tentang kedalaman lubang itu, Tungkat berkata ada antara lubang itu sedalam kira-kira 1.5 meter, manakala yang lainnya pula lebih dalam.

Beliau memberitahu mahkamah sebelum berlaku pertempuran sehari sebelum itu, beliau dan pasukannya, yang berada di kawasan lebih tinggi, ternampak 10-20 lelaki bersenjata sedang berjalan di lembah berkenaan.

Bagaimanapun Sivananthan berkata ketua platun Asisten Superintendan Mursalim Mohd Salleh, yang terlibat dalam pertempuran itu, memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa beliau ternampak 30-35 lelaki bersenjata berjalan di kawasan sama.

"Perbezaan antara kedudukan saya dan kedudukan Asisten Superintendan Mursalim kira-kira 20-25 meter, maka penglihatan kami berbeza," jelas Tungkat.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722