Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Potong Elaun Menteri, Timbalan Menteri 10%. Mahu Kurang Belanja Sektor Awam!

$
0
0
S 


Potong Elaun Menteri



Sebenarnya, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa andaikata, gaji kalangan menteri Malaysia naik sekalipun tetapi kos sara hidup di Malaysia berada pada kadar berpatutan tanpa kedengaran berita tragis seperti kenaikan harga minyak (HARGA MINYAK TURUN DI SINI), tarif elektrik naik, cukai pintu tidak naik secara radikal dan segala macam lagi berita kenaikan rakyat tidak melenting pun.

Rakyat tidak….

Rakyat bukan marah gaji Menteri Malaysia tinggi, tetapi yang rakyat marah dan kesalkan sekarang ini melihatkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat pemborosan dan pembaziran dana negara selama ini kaya dengan pelbagai sumber.

Walaubagaimanapun, bagai Berita Semasa ia satu permulaan yang bagus, dengan tindakan kerajaan mahu berusaha mengurangkan seberapa banyak perbelanjaan pengurusan negara ketika ini.

Potong Elaun Menteri, Timbalan Menteri Malaysia 10 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.
Ini termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas antara lima hingga 10 peratus.
  1. Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan
  2. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus
  3. Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
  4. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  5. Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
  6. Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  7. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
  8. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat;
  9. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel
Elaun Menteri Malaysia

Diharapkan juga selepas ini, Datuk Seri Najib Razak perbanyakan lagi barisan Menteri yang menggunakan akal ketika mengeluarkan hujah dan mempertahankan dasar untuk rakyat sepertimana yang mampu dilakukan YB Khairy Jamaluddin. 

Kurangkan barisan Menteri seperti Datuk Seri Hassan Malek, kerana ia akan membawa malapetaka kepada kehidupan rakyat selepas ini. 

Apa kata anda pula dengan tindakan terbaru kerajaan ketika ini?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722