
Bernama melaporkan, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata berdasarkan laporan awal, Allahyarham Ummi Nadiah Filzah meninggal pada jam 8 malam (waktu tempatan) akibat kecederaan teruk pada paru-paru.
Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari bersama pegawai-pegwai Kedutaan turut berada di Iskandariah membantu urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia atas permintaan ibu bapa Allahyarham.
Kenyataan itu menjelaskan ibu bapa itu mahukan Allahyarham dikebumikan di Bandar Tasik Putri, Rawang, Selangor.
Sehubungan itu, kata Wisma Putra kementerian menyampaikan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga Ummi Nadiah Filzah.
Ummi Nadiah Filzah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan pada 4 Jun lalu ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el-Arab untuk pulang ke tanah air.
Van yang mereka naiki dilaporkan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir. -