Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Syarahan Mahathir, hudud dan banjir kilat di UIAM

$
0
0



Oleh H FANSURI 

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed disoal mengenai pendiriannya berhubung hal-hal berkaitan umat Islam di negara ini.

Hal itu berlaku di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semasa beliau menyampaikan Syarahan Perdana Presiden pada Rabu, 4 Jun lalu.

Soalan peserta yang dimajukan kepada Dr Mahathir itu berkaitan dengan satu kemungkinan. Iaitu, apakah wujud kesatuan fikiran antara beliau dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memimpin umat Islam di negara ini?

Maka, beliau menjawab: “Nik Aziz adalah saudara saya tetapi sekiranya beliau membuat sesuatu yang salah, saya tidak boleh menerima. Ini adalah sebab me ngapa saya berbeza daripada beliau.”

Mengulas wujudnya perbezaan itu, katanya, hal itu berlaku kerana beliau menyifatkan hudud PAS sebagai tidak adil, manakala umat Islam hari ini pula lebih berminat dengan hal menjatuhkan hukuman.

“Hukuman boleh dijatuhkan tetapi ia mestilah adil. Kalau anda berkata hudud adalah hanya untuk orang Islam, itu tidak adil.

Kalau dua orang yang mencuri tertangkap dan kamu memotong tangan salah seorang daripada mereka kerana dia Islam dan seorang lagi dipenjarakan dua bulan, adakah itu adil? Itu tidak adil...

Kita mesti mempunyai undang-undang yang sama. Apa yang adil, adalah Islam. Dari segi itu, saya berbeza daripada Nik Aziz, saudara saya.”

Sebenarnya kenyataan sesat Dr Mahathir pada akhir zaman ini semakin mengesahkan kebenaran sabda nabi s.a.w: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekali gus daripada hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama’ maka manusia akan mengangkat pemimpin dalam kalangan orangorang bodoh.

“Ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu, lalu mereka sesat dan menyesatkan.”

Walaupun Dr Mahathir berada dalam kesesatan, namun sesetengah pihak masih melihat hadirnya cahaya kemuliaan watak Dr Mahathir sebagai penyelamat umat Islam bersandarkan hadis:

“Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat)”. (Riwayat al-Bukhari)
Namun, hadis ini menceritakan peranan seorang sahabat nabi dalam satu peperangan. Diriwayatkan, para sahabat kagum dengan caranya menggempur musuh. Namun, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa beliau akan tetap menjadi penghuni neraka.

Para sahabat terperanjat dengan kenyataan baginda itu. Kenapakah seorang mujahid boleh mendapat balasan sedemikian?

Apa pun sabda baginda tetap benar. Ketika lelaki itu mengalami luka parah dan dia pula tidak dapat menahan sabar ke atas luka dan kesakitannya itu, dia lalu mengambil keputusan untuk membunuh dirinya sendiri. Lelaki ini mati beragan! Kemudian, berita kematian lelaki ini disampaikan kepada nabi s.a.w. Baginda kemudiannya bertakbir, “Allahu Akbar, aku bersaksi bahwa aku adalah hamba Allah dan utusan-Nya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. memerintahkan Bilal agar menghimpunkan sahabat untuk menyampaikan sabdanya: “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali jiwa seseorang muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan lakilaki fajir (jahat).”

Maka, betapa pun seseorang itu dilihat hebat di mata orang, dipandang sebagai jaguh pembela agama Islam dan kelihatan membela umat Islam, namun mereka juga tidak terlepas daripada menerima azab-Nya jika ada antara amalan mereka itu yang jelas dan terangterang bercanggah dengan syariat Allah SWT pada akhir hayat nanti.

Dr Mahathir didakwa pernah menyatakan bantahannya kepada dunia berhubung isu Bosnia dan pernah berusaha menjuarai isu Palestin. Tetapi, beliau juga terlibat dengan pembunuhan di Memali, di samping terlibat dalam usaha menggagalkan pelaksanaan hukum Allah SWT di Malaysia sehingga di hujung riwayat hidup beliau setakat ini.

Suara orang-ramai pada petang itu terus bergema. Mereka bertepuk sorak mendengar jawapan Dr Mahathir. Namun, di luar dewan syarahan, hujan lebat turun mencurah-curahkan mengakibatkan beberapa kereta tenggelam oleh arus deras bah yang hadir secara tiba-tiba. Banjir kilat melanda kampus Islam di Gombak.

Kejadian sekitar jam 3 petang itu berlaku di Jalan Al Jamiah universiti tersebut.

Bilik asrama mahasiswa turut dicerobohi air sementara keesokan nya akhbar melaporkan bahawa banjir itu berpunca daripada sebuah projek berdekatan Sungai Chinchin yang berhampiran kampus berkenaan.

Bagaimanapun, isi tersirat di hati manusia menyatakan fahaman yang lain pula.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722