MALAYSIAKINI
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berpegang pada keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas Persatuan Bible Malaysia berhubung kes rampasan naskhah Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
Abdul Gani berkata beliau berpegang kepada kenyataannya Jun lalu, yang menetapkan untuk menutup kes tersebut.
“Saya telah membuat kenyataan sebelum ini. Saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut cuma saya berpegang kepada pandangan saya,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia.
Kenyataanya itu timbul susulan pendirian dinyatakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam, yang tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani dan berkeras untuk tidak memulangkan bahan rampasan tersebut
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa semalam mendakwa keputusan untuk tidak mendakwa pihak terlibat boleh mengelirukan akidah di kalangan umat Islam.
Bahan rampasan dalam operasi 2 Januari lalu dalam serbuan ke pejabat Persatuan Bible Malaysia itu melibatkan sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dan 10 bahasa Iban di dalam 16 kotak.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan lewat malam tadi menyebut, beliau mengarahkan wakil kerajaan negeri untuk mengadakan pertemuan dengan MAIS dan beberapa pihak berkuasa agama untuk berbincang mengenai perkara itu.
"Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap Sultan Selangor untuk (mendapatkan) kata putus," katanya dalam kenyataan itu
Katanya, pertermuan itu akan disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, Mufti Negeri Datuk Seri Setia Haji Mohd Tamyes Abd. Wahid, EXCO Agama YB Salehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil MAIS dan JAIS.