MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadikan Ahad minggu pertama setiap bulan sebagai hari berbasikal di ibu negara.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata langkah itu selaras dengan sasaran ibu negara sebagai kota yang mementingkan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di dalam bandar.
"Kami akan terus memberikan perhatian untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat untuk berbasikal kerana ia satu aktiviti yang sihat di samping mengalakkan rakyat menjadikan berbasikal satu daripada pengangkutan di bandar ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai aktiviti berbasikal sempena program 'Green Car Free Morning' di sini, Ahad.
Terdahulu Ahmad Phesal menyertai aktiviti berbasikal bersama hampir 2,000 peserta berkayuh mengelilingi kawasan sekitar ibu negara sejauh enam kilometer seawal jam 7.30 pagi.
Ahmad Phesal berkata di bawah projek 'River of Life', DBKL sedang meneliti langkah untuk mengadakan laluan khas basikal bagi menggalakkan warga kota menggunakannya sebagai satu daripada pengangkutan di bandar ini.
"Di bawah projek 'River Of Life' DBKL telah memulakan langkah untuk mengenal pasti laluan untuk berbasikal yang akan menghubungkan satu sektor ke sektor lain di bandar ini dan InsyaAllah ia akan dapat direalisasikan pada masa akan datang," katanya.
Ahmad Phesal berkata program berbasikal sebulan sekali di ibu negara juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan ibu negara sebagai bandar hijau.
Sehubungan itu, sepanjang program yang bermula buat julung kalinya pada Ahad, 15 jalan akan ditutup kepada kenderaan selama dua jam bermula 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Jalan yang ditutup itu ialah Jalan Sultan Ismail; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Raja Laut; Jalan Senggarang; Jalan Ampang; Jalan P. Ramlee; Jalan Pinang; Jalan Kia Peng; Jalan Stonor; Jalan Conlay; Jalan Raja Chulan; Jalan Semarang dan Jalan Tun Perak.
Sementara itu Mohd Saleh Kos, 49, berkata program berbasikal setiap bulan di ibu negara secara tidak langsung menambah aktiviti berfaedah untuk warga kota bersiar dengan cara yang sihat.
"Aktiviti berbasikal juga dapat mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu bapa khususnya warga kota yang sentiasa sibuk berkerja sepanjang minggu," kata penjawat awam itu.
Mohd Saleh yang menggemari aktiviti berbasikal sejak kecil hadir bersama anak sulungnya Ahmad Safwan Mohd Saleh, 12, untuk berkayuh sambil menikmati pemandangan bangunan bersejarah sekitar ibu negara. - BERNAMA