Oleh : Afeeqa Afeera
SHAH ALAM, : Arahan pemindahan lokasi pengusaha burung walit ke kawasan berstatus tanah pertanian dilakukan kerajaan negeri bagi menyelaras penempatan sangkar burung itu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Beliau berkata garis panduan berkenaan diputuskan ekoran terdapat aduan daripada penduduk setempat yang tidak selesa dengan penempatan sangkar burung walit di kawasan perumahan serta komersial.
“Orang ramai menyatakan rasa tidak selesa mereka terhadap perniagaan yang dijalankan di kawasan perumahan dan komersial seperti kedai makan kerana beranggapan kurang sesuai untuk menempatkan sangkar burung walit di situ.
“Mereka buat di tempat yang tidak sepatutnya dilakukan. Kalau mereka tidak bertindak, mahukah mereka membayar pampasan kepada jira-jiran mereka?” katanya.
Ia sebagai respon kepada bantahan pengusaha burung walit terhadap langkah baru yang diperkenalkan kerajaan negeri untuk memperkemaskan industri berkenaan.
Padi tadi, dianggarkan seramai 200 pengusaha burung walit mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang marah kerana terpaksa mengosongkan premis ternakan sedia ada.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Baru-baru ini Kerajaan Negeri memperkenalkan Peraturan Kecil Penternakan Burung Walit dan Pengeluaran Sarang Burung Walit 2013.
Peraturan baru itu mengarahkan pengusaha berkenaan untuk berpindah ke kawasan berstatus tanah pertanian dalam tempoh tiga tahun.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tetap mengekalkan arahan pemindahan dalam tempoh tiga tahun kerana menyifatkan tempoh masa itu bersesuaian dan munasabah.
“Kita beri masa atau kalau gagal patuhi kita akan tutup sahaja kerana kita sudah beri masa yang sesuai,” katanya lagi.EZY