Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Penduduk Tolak Cadangan Kerajaan Selangor Guna Air Lombong Hadapi Musim Kemarau

$
0
0

alt
 Bariq Ramadhan
BESTARI JAYA  - Ternyata tindakan kerajaan Selangor menggunakan sumber air lombong untuk dipam ke dalam Empangan Sungai Selangor bagi menghadapi musim kemarau akan datang ditolak oleh penduduk di sini berikutan lombong tersebut merupakan bekas lombong biji timah yang mempunyai bekas kimia yang merbahaya.
Penduduk, Abdul Kader Laludin, 52, berkata lombong biji timah yang sudah ditutup pada tahun 1993 itu tetap mempunyai bahan kimia yang kekal meskipun air lombong tersebut diproses untuk dirawat.
"Penduduk takkan pergi ke lombong tersebut sekiranya keadaan di sini tidak mempunyai air atau meminum air tersebut kerana penduduk disini sudah mengetaui bahawa ia merbahaya.
"Air lombong disini berbeza dengan lombong yang lain kerana lombong disini merupakan bekas perlombongan biji timah dimana kandungan logam tersebut amat merbahaya kepada kesihatan. Hasil daripada pengalaman saya, ketika saya celup kaki saya semasa lombong tersebut beroperasi, kaki saya akan menjadi kuning selama dua minggu," katanya.
alt
Manakala, Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Kg. Bestari Jaya, Sapari Ahmad Sayuti, 57 berkata air lombong dikawasan itu tidak mengalir seperti di sungai yang menyebabkan air lombong tersebut tidak mengalir secara semula jadi 
Jelasnya, ia menyebabkan kimia daripada bekas lombong timah tetap ada di kawasan lombong tersebut.
"Penduduk di sini pernah pergi ke lombong tersebut untuk mandi namun selepas itu badan mereka menjadi melekat-melekat ketika kampung ini dilanda banjir. Kita memang tidak boleh menggunakan air lombong yang ada sekarang ini.
"Lombong tersebut merupakan diketegorikan sebagai lombong tinggal dimana air di lombong tersebut telah lama dan air di lombong itu tidak berganti. Hanya ketika banjir besar sahaja yang menyebabkan lombong tersebut telah bertukar air. Kalau tidak banjir besar maka tidak tukarlah air di lombong itu," katanya.
Menurutnya, kuantiti kalorin yang banyak sekiranya kerajaan Selangor tetap dengan pendirian untuk menggunakan air lombong itu untuk dijadikan air bagi kegunaan harian penduduk.
Katanya, jelas dengan meletakkan kuantiti kalorin yang banyak boleh menjejaskan kesihatan.
"Dengan meletakkan kalorin untuk merawat air lombong tersebut, ia membuktikan kalorin yang banyak diperlukan dan ia tidak bagus untuk kesihatan," katanya.
alt
Sementara itu, Wanezar Husin, 56 melahirkan rasa kebimbangan terhadap generasi akan datang sekiranya pihak kerajaan Selangor tetap berdegil untuk meneruskan usaha menggunakan air lombong tersebut.
"Saya lebih suka sekiranya menjadikan sungai sebagai sumber pertama.. kerana sungai ia mengalir berbanding dengan lombong yang air disitu tidak mengalir.
"Kita tidak akan merasa hasil daripada air tersebut namun anak cucu kita yang akan merasakan air itu. Kalau boleh kita mahu daripada sumber yang bersih.
Baru-baru ini, Charles pada sidang Dewan Rakyat mendesak kerajaan Selangor mendedahkan dokumen mengenai bekas lombong di Bestari Jaya, Kuala Selangor yang akan dipam ke dalam Empangan Sungai Selangor bagi menghadapi musim kemarau akan datang.
Menurutnya, jika  kerajaan negeri gagal menyediakan dokumen tersebut dalam masa dua minggu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa mereka berbuat demikian.
Dalam pada itu, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Mohd Khari Selamat berkata, pihaknya memerlukan beberapa kriteria sebelum sesebuah kolam itu boleh dijadikan sumber air mentah.
"Ada tiga faktor, pertama kolam berdekatan dengan sungai, kapasiti kolam dan mempunyai akses," katanya.
alt
Hasil tinjauan wartawan RakyatNews pada hari ini mendapati kerja-kerja pengepaman air sudah dilakukan setelah mendapati mesin jentera pam milik Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) berada di lokasi lombong pada hari ini.
Kawasan lombong tersebut turut dilihat tidak bersih berikutan haiwan liar turut berkeliaran dikawasan itu dikuatiri boleh menyebabkan faktor kebersihan daripada lombong tersebut bertambah teruk.
alt


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722