Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Speaker: Flip-flop isu hudud buang masa dewan

$
0
0

SELANGOR KINI |


SHAH ALAM: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempunyai tanggung jawab memelihara integriti dewan dan tidak menjadikannya sebagai gelanggang politik.

Hannah (gambar) berkata demikian bagi mengulas tindakan Adun Sungai Air Tawar (Umno), Kamarol Zaki Abdul Malik yang menarik balik notis untuk perbahasan isu Undang-Undang Hudud yang sepatutnya akan dibahaskan ketika sidang dewan, bermula 16 Jun ini.

Beliau berkata, pejabatnya menerima notis itu hari ini selepas semalam beliau mengumumkan menerima usul itu dibahas dalam sidang dewan.

“Tiada sebab diberikan bagi keputusannya untuk menarik balik usul itu. ADUN boleh melalui notis secara bertulis dihantar kepada kerani dewan mengeluarkan sebarang notis usul sebelum ini yang diberikan olehnya seperti Tetap Perintah 29 (1).

“Walaupun ia adalah hak seorang Adun itu menarik balik usul, amalan ini adalah tidak digalakkan,” kata Hannah dalam kenyataan medianya, di sini, hari ini.

Katanya, tindakan Adun Umno itu sebagai aksi politik terang-terangan dan sewajarnya tidak membuang masa dewan dengan tindakan demikian.

“Jika wakil rakyat tidak bersedia untuk berdebat dan berdiri dengan kehendaknya, dia tidak perlu membuang masa dewan.

“DNS adalah tempat sebenar setiap Adun yang dipilih mewakili suara rakyat bagi pengundi mereka dan membabitkan diri secara terhormat serta produktif dalam proses perundangan,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias, berkata BN Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu.

Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Adun Sungai Air Tawar menyerahkannya kepada Hannah. - Selangor Kini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722