THE MALAYSIAN INSIDER
Pesalah trafik yang disaman kerana cermin gelap, sebelum undang-undang baharu mengenainya dipinda, masih perlu membayar saman mereka.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata kesalahan trafik cermin gelap yang lepas tetap dikira salah kerana ia masih lagi mengikut kadar ketelusan cahaya 70% bagi cermin depan dan 50% bagi lain-lain cermin.
"Kerajaan memberi perakuan pindaan kepada ketelusan cahaya itu akan dibuat tetapi apa pindaan itu kita tidak pasti lagi," katanya.
Katanya, polis menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan akan menangguhkan operasi cermin gelap ini sehingga mendapat laporan mengenai ketelusan cahaya yang dibenarkan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvoi bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 1Malaysia for Youth (1M4U) di Kuala Lumpur, hari ini. – Bernama,