Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PKR-DAP anggap kepemimpinan PAS dalam jabatan agama Islam lemah?

$
0
0
Oleh Lokman Ramlee

 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] PAS perlu mengambil tindakan segera. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bersuara. Katanya, pihak berkuasa agama Islam di Pulau Pinang dan Selangor, kini sudah menunjukkan ciri-ciri angkuh kuasa. 
 
Anwar membuat kenyataan itu dalam sidang media di bangunan parlimen semalam berhubung tindakan pegawai-pegawai penguatkuasa agama Islam di kedua-dua negeri berkenaan yang “tidak menghormati” hak dan budaya rakyat bukan Islam. 
 
“Ini adalah satu isyarat yang berbahaya, bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi bagi orang Islam yang teguh pegangan agamanya tetapi tidak mahu dilihat sebagai angkuh,” kata Anwar.
 
Beliau merujuk pada insiden kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak menghentikan upacara perkahwinan seorang wanita yang dikatakan mempunyai nama muslim dengan pasangan Hindunya di sebuah kuil di Petaling Jaya. 
 
Pada 1 Jun lalu pasukan pengkuatkuasa JAIS menahan pengantin perempuan, Zarina Abdul Majid mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 untuk membantu siasatan.
 
Anwar juga mensasarkan kritikannya kepada pasukan penguatkuasa Jabatan Halehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mencelah upacara pengkebumian seorang wanita Cina yang dikatakan adalah seorang muslimah, Sabtu lalu.
 
Wanita berkenaan, Teoh Cheng Cheng, dikatakan sudah memeluk Islam pada 1997 dan menukar nama kepada Nora Teoh Abdullah sebelum berkahwin dengan seorang pemuda Melayu setahun kemudian.
 
Mayat wanita berkenaan diambil daripada keluarganya dengan bantuan polis menggunakan kereta jenazah JHEAIPP dan diletakkan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang sehingga pertikaian berhubung agamanya itu selesai.  
 
Anwar membayangkan bahawa kedua-dua jabatan agama itu mengambil tindakan yang kurang wajar ini kerana “tekanan daripada pihak yang bersikap fanatik”.
 
Anwar sebenarnya tegur PAS 
 
Sesungguhnya PAS harus memandang kenyataan Anwar ini secara serius. Ini kerana sebagai Ketua Pembangkang, beliau sudahpun menunjukkan sikapnya terhadap isu pihak berkuasa agama Islam di kedua-dua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
 
Dengan melabel kedua-dua entiti Islam itu “angkuh kuasa” dan tidak menghormati sentimen dan sensiviti agama lain, Anwar secara tidak langsung menegur PAS supaya “mendisiplinkan”  jabatan agama negeri-negeri berkenaan.
 
Di segi politiknya PAS adalah bertanggungjawab terhadap pentadbiran hal ehwal agama Islam di kedua-dua berkenaan. Di Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang diletakkan di bawah tanggungjawab mantan pesuruhjaya PAS Negeri, Salleh Man. 
 
Sementara di Selangor pula, exco Hal ehwal Islam, Permodenan Pertanian, dan Pembangunan Desa adalah Sallehen Mukhyi, seorang pemimpin PAS.
 
Melalui sidang media itu, Anwar seolah-olah sudah mengisytiharkan pendirian rasmi Pakatan Rakyat bahawasanya baik JAIS dan JHEAIPP tidak menghormati agama lain. 
 
Sungguhpun Exco Agama Islam Selangor, Sallehen Mukhyi ada menegaskan bahawa serbuan dan penahanan Zarena Majid itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), itu sahaja kenyataan rasmi yang dibuat oleh PAS.
 
“Hikmah dakwah ini begitu rupa ia memerlukan kita mengambil cara dan kaedah yang bijaksana. Umpamanya, takkanlah dalam tindakan JHEAIPP dia hanya dapat maklumat sejurus sebelum pengkebumian.
 
“Kalau ada sebelum itu pergi dengan kertas-kertas dan bukti-bukti yang nyata untuk menyelesaikannya dengan cara baik.
 
“Saya fikir kalu perkara ini berterusan dia ada satu sikap seolah-olah bukan lagi soal menetapkan peraturan huku tapi soal keangkuhan kuasa,” tegas Anwar. 
 
Selain itu, tiada pemimpin kanan PAS yang mahu tampil untuk menjernihkan isu berkenaan. Begitu juga dalam kes rampasan kitab bible yang dilakukan oleh JAIS yang masih belum dipulangkan.
 
Anehnya, wakil PAS dalam sidang media itu, Kamaruddin Jaafar sebaliknya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya pihak JAIS dan JHEAIPP mendapat kelulusan exco agama sebelum mengambil tindakan seumpama itu di masa depan,
 
“Kalau tidak oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri berkaitan, exco agama mestilah dilibatkan supaya ada pertanggungjawaban politik apabila perkara ini menjadi krisis dan isu besar,” katanya. 
 
Cadangan Kamaruddin itu bukan perkara baru. Peraturan itu sudahpun dipersetujui selepas insiden rampasan bible berlaku. Namun suara Anwar dan Guan Eng jelas menggambarkan rasa kurang senang DAP dan PKR terhadap prestasi kepimpinan PAS mengurus soal pentadbiran agama Islam. 
 
Sebenarnya isu pendirian dan kemampuan untuk menterjemahkan prinsip melalui gerak kerja yang teratur dan boleh diterima oleh semua pihak adalah dua perkara berbeza. 
 
Di segi idealisme memang mudah untuk mengunjurkan satu prinsip perjuangan yang muluk. Namun di segi pelaksanaan ia menuntut kemahiran pengurusan, kepemimpinan dan daya perancangan yang rapi. 
 
Mungkin sebab inilah, DAP tidak yakin dengan hudud; bukan konsep keadilannya tetapi kemampuan PAS untuk melaksanakannya dengan adil dan saksama. 
 
Kelemahan ketara ini agak merungsingkan Menteri Besar PKR di Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setiap kali disergah dengan pertanyaan apa yang telah dilakukannya untuk menyelesaikan isu rampasan bible dan serbuan perkahwinan Hindu ini.
 
Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan tindakan JAIS dan JHEAIPP itu “tidak memberikan imej yang baik buat Malaysia”.
 
“Saya di sini hanya nak mintak bahawa janganlah memberikan satu pandangan seperti hak-hak orang bukan Islam tidak wujud langsung. 
 
“Saya rasa yang kita minta ialah hormatilah sensiviti dan kita bersedia untuk menyerah kepada apa sahaja (keputusan) yang berlaku,” kata Guan Eng.
 
Tidak kira sama ada komen Anwar dan Guan Eng ini ditujukan setakat “keterlanjuran” yang dilakukan oleh JAIS dan JHEAIPP yang di bawah pimpinan PAS, atau, khusus menilai mutu pemimpin PAS keseluruhannya, yang jelas, DAP dan PKR amat kurang selesa dengan prestasi PAS ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722