Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ahmad Razif Perlu Cuci ‘Bekas Tangan Kotor’ Ahmad Said

$
0
0

jambatan kemaman runtuh 1BULETIN ONLINE
 
KEMAMAN – PAS menyambut baik azam Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan mahu sebarang pembangunan yang hendak dilaksanakan, perlulah menepati kehendak dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat dalam menyambut niat baik Ahmad Razif menggesa supaya ADUN Seberang Takir itu, mencuci ‘bekas tangan kotor’ mantan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, khususnya dalam pembangunan dalam DUN Chukai.
Beliau memohon Ahmad Razif selaku MB dan kerajaan negeri Terengganu agar beramal dengan perlaksanaan tender terbuka supaya mengelak daripada penyelewengan dan rasuah.
Katanya, Ahmad Said dalam kes pembinaan jambatan baru bandar Chukai, telah mengarahkan kontraktor melaksanakan kerja, sedangkan surat tawaran kerja belum dikeluarkan.
“jambatan utama yang merentangi Sungai Limbong di tengah-tengah bandar Chukai telah runtuh ketika banjir terburuk yang melanda daerah Kemaman awal tahun ini,
“saya diberitahu, bekas MB telah mengarahkan kotraktor buat kerja, sedangkan surat tawaran belum keluar, surat peerjanjian belum ditandatangani,
“saya harap harap Datuk Ahmad Razif mencuci ‘bekas tangan kotor’ Ahmad Said, dengan beramal dengan tender terbuka supaya dapat mengelakkan dari unsur-unsur penyelewengan dan rasuah,”tegasnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu menyarankan agar Ahmad Razif meniliti titah perintah Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahukan prinsip-prinsip kerajaan yag baik dilaksanakan.
Katanya, pada pembukaan sidang DUN 13 April lalu, Sultan mahu Kerajaan Terengganu memberikan fokus kepada soal ‘good governance’, urus tadbir yang baik dalam semua aspek perjalanan kerajaan termasuk menekankan soal integriti dan akauntabiliti kepada pemimpin kerajaan negeri.
Hanafiah juga, mewakili seluruh warga Chukai dan Kemaman berharap jambatan tersebut dibina dan disiapkan segera bagi menyelasaikan masalah kesesakan lalu lintas trafik terutama pada waktu puncak dan apabila para pengguna mahu membeli belah di pasar Kemaman.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722