Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kerajaan ‘double standard’ tangani isu MH370 dan Mejar Zaidi

$
0
0


steven sim



Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR: Sementara kerajaan bertindak cepat menghukum Mejar Zaidi Ahmad yang mendedahkan kepincangan proses Pilihanraya Umum ke-13, ‘kecekapan’ yang sama tidak diamalkan dalam menangani insiden kehilangan pesawat MH370.

Hari ini, Dewan Rakyat menolak usul Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berhubung kecuaian pihak bertanggungjawab dalam menangani kehilangan pesawat yang menggemparkan dunia itu, atas alasan ‘rahsia negara’.

Memetik usul itu, Steven ‘meminta Menteri Pertahanan menyatakan secara terperinci radar tentera di pengkalan mana yang mengesan MH370 beberapa jam selepas ia hilang, syarikat mana yang membekal serta menguruskan radar itu dan tindakan lanjut terhadap kecuaian tersebut.’

“Jelas, kerajaan bersikap ‘double standard’. Nampaknya bagi BN, menghukum pihak yang dianggap mencabar mereka lebih penting daripada menghukum pihak yang gagal mencegah krisis negara,” kata Ahli Parlimen Setampin Julian Tan Kok Ping, dalam sidang media bersama Steven di Parlimen, tengah hari tadi.

Katanya lagi, ia menimbulkan persoalan sama ada kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan tragedi itu daripada pengetahuan rakyat.

Dalam pada itu, Steven membidas kegagalan kerajaan untuk mengeluarkan apa-apa laporan berhubung kegagalan pihak bertanggungjawab mengamalkan ‘Standard Operating Procedure’ (SOP), walaupun selepas hampir 100 hari insiden itu berlaku.

“4 hari menjelang hari keseratus kehilangan MH370, rakyat Malaysia dan dunia masih dalam kegelapan,”

“Tiada langsung laporan berhubung SOP yang jelas gagal memicu respon kecemasan yang tepat ketika pesawat didapati hilang,” katanya lagi.

Katanya lagi, pencarian kotak hitam tidak boleh dijadikan alasan kerana ia tidak berkaitan dengan laporan kegagalan SOP di pangkalan.

Beliau menyebut beberapa contoh kegagalan pihak bertanggungjawab bertindak, terutama untuk memintas ‘objek tidak dikenali’ yang dikesan radar tentera saat awal MH370 dilaporkan hilang, namun membiarkannya sahaja kerana menganggap ia tidak merbahaya. – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722