Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pegawai Agama KDN sokong Harussani

$
0
0
 
Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, tindakan 'guling kerajaan' boleh dianggap sebagai subversif.




PETALING JAYA: Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) menyokong kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember lalu sebagai penderhaka kepada kerajaan dan ‘dihalalkan darah pemberontak (bughah)’ .

Presiden Aswaja  Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Harussani mengeluarkan kenyataan selepas menilai beberapa pertimbangan sepanjang himpunan berlangsung.

Katanya, tindakan ‘guling kerajaan’ boleh dianggap sebagai subversif kerana bersifat kekerasan.

“Siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tak berjaya tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan serta kecederaan sudah nyata.

“Jadi hukumnya adalah haram. Jika pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri.

“Inilah yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Demontransi aman bertukar keras

Beliau yang juga Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pendapat peribadi Harussani dibuat berdasarkan ada kronologi bahaya yang dimunculkan puak pelampau di sebalik tabir susulan penemuan beberapa alat senjata dan insiden kecederaan yang berlaku memperlihatkan demontransi aman bertukar keras.

Menurut beliau, demonstrasi Turun secara realitinya tidak bawa senjata tetapi sebilangan kecil mereka menyimpannya ditempat strategik tertentu yang berjaya ditemui Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Disebab itu katanya, kebarangkalian penggunaan senjata seperti ini bila-bila masa saja boleh berlaku kerana ada kumpulan yang ikhlas mahukan keadilan, tetapi ada juga yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

“Demontrasi Turun hanya kosmetik kerana di belakang tabirnya adalah guling kerajaan.

“Lihatlah seruannya di media sosial dan maklumat ini juga telah diklasifikasikan oleh sumber risikan PDRM. Bukan semata-mata provokasi media,” jelasnya.

Namun katanya klasifikasi bahaya ini sukar didedahkan kepada umum memandangkan ia berkait dengan bukti risikan.

‘Anggap tahzir’

“Jadi anggaplah pandangan Mufti itu sebagai tahzir (peringatan) untuk umat Islam yang lalai dan ghairah mencari perubahan yang akhirnya bakal mengundang mudarat yang lebih besar pada kita,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya bersangka baik kerana Harussani, sebagai seorang ulamak yang mempunyai hubungan baik dengan Sultan dan pemerintah itu cuma menyampaikan satu nasihat agama untuk panduan umat Islam.

“Beliau juga sudah mempunyai kedudukan yang baik di mata masyarakat. Justeru beliau bukan pengampu politik kepartian sebagaimana yang ditohmah sesetengah pihak yang sakit hati dengan beliau.

“Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam? Adakah dengan mufti berkenaan mengharamkan ajaran Wahabi, Syiah, dan liberal di Perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati?

“Atau hati kita ini telah lama bergelap dengan hijab kepartian lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yang sempit,” soalnya.

Sehubungan itu, Zamihan berkata pihaknya menyokong penuh pandangan Harussani dalam isu golongan bughah ini supaya dikenakan tindakan tegas memandangkan perbuatan guling kerajaan mampu mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat kedaulatan sesebuah negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722