Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kerana dakwaan berasas soalan Mosti ditolak, kata Rafizi

$
0
0

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus berdiam diri berhubung dengan pendedahan membabitkan geran sebanyak RM100 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Beliau pada sidang media di parlimen hari ini berkata, geran di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sepatutnya digunakan untuk aktiviti R&D tetapi disalahgunakan untuk membiayai projek komersial yang tidak pasti nilai R&Dnya.

"Pendedahan surat telah dilakukan sebelum ini yang mana ia telah diminitkan oleh Perdana Menteri kepada Mosti, Datuk Dr Ewon Ebin yang memberi sokongan agar dana diberikan kepada syarikat tersebut.

"Sehingga sekarang tidak ada apa-apa penjelasan dari Najib mahupun Dr Ewon berhubung pendedahan itu, dan saya gesa kedua-dua mereka tampil membuat akuan bersumpah bahawa surat itu adalah palsu," jelasnya.

Rafizi mendakwa, beliau sebelum ini turut mengajukan dua soalan lisan pada sesi persidangan parlimen bagi mengesahkan sama ada Perdana Menteri dan Menteri Mosti ada menandatangani kedua-dua surat tersebut namun ditolak oleh parlimen.

"Melalui penolakan soalan saya dan sikap berdiam diri PM, saya rumuskan bahawa kedua-dua surat itu adalah sahih," katanya sambil menambah, akan terus mendedahkan  beberapa lagi dokumen berkaitan penyalahgunaan dana.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722