Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MB digesa gantung tugas pegawai JAIS

$
0
0
Speaker DUN Selangor berkata, JAIS perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya.




PETAING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa supaya menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh berkata, hukuman ringan tidak  mencukupi dan JAIS perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Katanya, jika tidak lambat laun kesilapan itu akan dilupakan dan JAIS terus melakukan perkara sama pada masa akan datang.

“JAIS perlu siasat terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan. Bagaimana kamu boleh serbu dan rampas Bible dulu kemudian baru nak siasat,” soalnya dalam kenyataan melalui Twitter.

Adun Subang Jaya itu turut menggesa 321 salinan Alkitab yang dirampas pada Khamis lalu dipulangkan semula.

Katanya, di Selangor juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Sabah dan Sarawak yang menggunakan Al-Kitab dan lebih gemar membaca Bible menggunakan bahasa Kebangsaan sendiri.
Paderi Lawrence dipanggil

Sementara itu, kerajaan negeri Selangor akan memanggil pengarang The Herald,  Paderi Lawrence Andrew pada Selasa depan bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

Ia berikutan kenyataan Paderi Lawrence sebelum ini yang bertegas kalimah Allah di gereja Katolik di Selangor akan terus digunakan.

Mengenai serbuan itu, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehin Mukhyi berkata, pihaknya memandangkan serius kerana kerajaan negeri sebelum ini telah mengarahkan JAIS mengeluarkan langkah operasi (SOP) dalam menangani isu-isu sensitif.

Mengambil iktibar kes yang melibatkan JAIS dan penganut Kristian selepas pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lalu, SOP itu bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan buruk sangka.

“Saya telah meminta Pengarah JAIS untuk mendapatkan segera laporan terperinci kejadian termasuk meneliti hasil siasatan yang dikatakan telah dilakukan.

“Menteri Besar juga telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneliti dan menyemak operasi yang dijalankan kerana ianya merupakan perihal pentadbiran dan melibatkan jabatan dan pegawai kerajaan.

“Semakan hendaklah antara lain memastikan pegawai penguatkuasa yang menjalankan operasi tersebut mematuhi SOP yang telah disediakan oleh JAIS dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kecuaian dan pelanggaran peraturan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722