Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bukan peranan KBS kawal konsert antarabangsa

$
0
0

Batal konsert: FMFA akan pulangkan bayaran


KUALA LUMPUR - Penganjuran konsert antarabangsa yang tidak terkawal di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meskipun ia sering dikaitkan dengan penglibatan golongan belia.

Timbalan Menterinya, Datuk M.Saravanan berkata, pihaknya tetap bertanggungjawab bagi memastikan golongan belia berada di laluan yang benar.

"Konsert-konsert seperti ini (tidak terkawal dengan penggunaan barang terlarang) adalah luar bidang kuasa KBS.

"Walaubagaimanapun ini menjadi tanggungjawab KBS memastikan supaya kita dapat mendorong golongan belia ke jalan yang sah," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abd Rahman di sidang Parlimen, hari ini.

Dr Mansor bertanya tentang tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dalam membendung aktiviti dan gejala yang kurang sihat seperti penganjuran konsert antarabangsa yang tidak terkawal.

M.Saravanan menyifatkan penganjuran aktiviti yang dilaksanakan KBS perlu mendapat kerjasama agensi bukan kerajaan dan wakil-wakil rakyat sendiri.

"Untuk itu, KBS telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah.

"Apa yg penting pada hari ini ialah penyertaan golongan belia juga agensi-agensi lain termasuk wakil-wakil rakyat harus memainkan peranan penting bagi memastikan golongan belia turut serta," katanya.

15 Mac lalu, enam belia mati hampir serentak di sebuah konsert kerana mengambil dadah secara berlebihan.

Dalam kejadian semasa konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil itu tiga daripada mangsa adalah wanita, kesemua mereka berumur 21 hingga 27 tahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722