MALAYSIAKINI
Pengkaji media dari Universiti Teknologi MARA, Adnan Hashim berkata akhbar Utusan Malaysia tidak perlu memohon maaf kepada Sultan Johor atas satu tulisan yang mempersoalkan kedudukan baginda dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
Bekas dekan fakulti pengajian media itu berkata, Utusan tidak harus dipersalahkan kerana mengambil kira pelbagai sudut sebelum menyiarkan maklumat berkenaan, lapor akbar berkenaan hari ini.
"Utusan Malaysia tidak harus dipersalahkan kerana penggunaan bahasa atau maklumat yang ditulis tersebut telah mengambil kira pelbagai sudut sebelum disiarkan.
"Utusan Malaysia boleh menggunakan pelbagai pendekatan jika tidak melibatkan sebarang pertikaian berhubung kedaulatan institusi itu," ujar Adnan seperti dilaporkan akhbar tersebut.
Sokongan serupa turut disuarakan oleh seorang bekas menteri kabinet, Tan Sri Rais Yatim, yang meminta agar akhbar tersebut terus diberikan sokongan.
Menurutnya, Utusan memainkan peranan yang adil dalam menyampaikan maklumat dan turut mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu.
“Utusan Malaysia telah melakukan kerja yang mulia. Saya rasa kata-kata dan kecaman pihak lain itu adalah keterlaluan terutama berhubung Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ),” katanya seperti dipetik laporan akhbar itu.
Laporan bertarikh 6 Jun dalam akhbar milik Umno itu menerima kecaman dari kalangan pemimpin parti itu sendiri, termasuk ADUN Bukit Permai Ali Mazat Salleh yang menganggapnya sebagai satu provokasi.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang itu di sidang DUN Johor pada hari Isnin lalu.