Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rebat tol Touch ‘n Go perlu diteruskan

$
0
0

Azuan Ab Rahman


Touch 'n Go


KUALA LUMPUR : Pengerusi Biro Kepenggunaaan KEADILAN, Yahya Sahri mahu syarikat pengendali kad tol berbayar Touch’n Go bertindak lebih telus dan profesional dalam mengendalikan sejumlah RM49 juta wang berupa rebat tol yang masih belum dituntut.

Ini susulan berita pemansuhan rebat 20% tersebut yang sebelumnya diberikan kepada pemegang kad Touch ‘n Go yang membayar tol sekurang-kurangnya 80 kali dalam tempoh sebulan.

“Jumlah RM49 juta yang masih belum dituntut itu terlalu besar.

“Kita bimbang sekiranya pengguna tidak sempat mengemukakan tuntutan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun amanah dan akhirnya digunakan secara tidak bertanggungjawab.
“Jadi syarikat tersebut perlu profesional mengendalikan tuntutan tersebut.

yahya-sahri

“Seharusnya tempoh bagi pengguna membuat tuntutan perlu dipanjangkan, selain mengembangluaskan tempat dimana pengguna mudah membuat tuntutan,” kata Yahya (gambar) kepada Keadilandaily.

Menyifatkan pengumuman tersebut tindakan kerajaan mengalihkan isu berhubung kenaikkan harga tol, Yahya juga berpendapat seharusnya rebat tersebut sepatutnya diteruskan.

“Seharusnya rebat yang diberikan ini tidak perlu dimansuhkan. Untuk apa mansuhkan?

“Apakah pengumumannya sebelum ini hanya bertujuan memancing undi? Habis pilihanraya rebat dihapuskan.

“Jelaslah kalau itu tindakannya, kerajaan tidak ada kemahuan untuk membantu rakyat,” kata Yahya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722