MALAYSIAKINI
Gerakan kolektif sukarelawan Food Not Bombs Kuala Lumpur (FNBKL) menggesa kerajaan memansuhkan Akta Orang-orang Papa 1977 yang dianggap lapuk dan tidak lagi sesuai dikuatkuasa untuk menyelamatkan warga gelandangan.
Kolektif berkenaan melihat bahawa akta lapuk tersebut tidak lagi bersifat manusiawi walaupun ia pada asalnya digubal untuk menyelamatkan warga jalanan tersebut dari terus tercicir.
Ia digambarkan demikian kerana pihak berkuasa boleh menggunakan akta tersebut untuk menahan golongan dianggap papa untuk tempoh sehingga tiga tahun, menurut satu kenyataan kolektif tersebut.
"Ini bukan bentuk penyelamatan. Ia adalah tinggalan daripada dasar anti-gelandangan yang menindas dari penjajah...
"Sudah tiba masanya untuk kita menyedari bahawa Akta Orang-orang Papa bukan satu penyelesaian bagi orang tidak berumah dan kemiskinan.
"Tindakan penahanan di rumah kebajikan bukan satu penjagaan dan ia tidak menangani masalah pokok," kenyataan itu dipetik.