SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.

Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.

Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….