MALAYSIAKINI
Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa Majlis Peguam bertindak seperti biro guaman Pakatan Rakyat kerana sering mengeluarkan kenyataan pro-pembangkang.
Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Parlimen mengurangkan kuasa Majlis Peguam dan meminda Akta Profesion Undang-undang untuk memastikan ia tidak disalahguna.
“Mengehadkan kuasa badan Majlis Peguam ini penting bagi memastikan badan tersebut lebih adil dan tidak hipokrit dalam membuat kenyataan berhubung undang-undang di negara ini dan tidak hanya menyebelahi satu pihak saja.
“Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili lebih 2,000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun yang lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian seperti dipetik dalam satu tulisan di laman umno-online.my.