Pihak PDRM akan hanya mempertimbangkan kompaun jika pihak kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri berkata, KDN, PDRM dan Polis trafik tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai badan yang boleh mendaftarkan kesalahan trafik yang menjanjikan pemberian diskaun kepada kompaun trafik.
“Walaupun ada pihak yang telah melayari portal atau laman kepada syarikat berkenaan, saya ingin ingatkan kepada orang ramai mereka yang dikenakan saman oleh JPJ dan Polis Trafik agar tidak sesekali mempercayai laman berkenaan.’’
Menurutnya, pihak PDRM akan hanya mempertimbangkan kompaun jika pihak kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun.
“Kita tahu bahawa PDRM telah diberikan tanggungjawab untuk laksanakan operasi pemantauan kepada kesalahan trafik yang dibuat oleh pihak syarikat yang telah memasang perkakasan di tempat tertentu.’’
“Pihak kabinet dan jemaah menteri telah memutuskan bahawa PDRM telah diberi tanggungjawab, walaubagaimanapun PDRM tidak akan meletakkan mana-mana pegawai di syarikat pengendalian sebaliknya kami hanya melakukan penguatkuasaan sahaja.
Sehubungan itu, Zahid berharap agar orang ramai tidak terpengaruh dengan helah syarikat berkenaan.
Menurut beliau lagi, sudah 12,000 kes telah didaftarkan dengan syarikat berkenaan.
“Saya khuatir masih ada penipuan sedang giat dijalankan. Kalau saya tidak berikan amaran lebih awal, mungkin jumlah akan lebih banyak lagi.
Pihak Jabatan Siasatan Jenayah sedang meneliti semua butiran mereka yang berada di belakang syarikat berkenaan dan tindakan yang keras akan dikenakan ke atas pihak berkenaan.
“Kepentingan kami adalah untuk menjaga kepentingan orang ramai. Saya diberitahu, syarikat ini dipercayai memulakan sindiket kotor mereka sejak seminggu lalu,” akhirinya.