MALAYSIAKINI
Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedang menyiapkan diri menunggu pembentangan rang undang-undang yang mereka bimbang akan mengaburkan garisan pemisahan kuasa antara eksekutif dan istana.
Tetapi ramai yang bimbang mereka akan berakhir di muka depan Utusan Malaysia dan dilabel sebagai "anti-istana" jika mereka menyuarakan bantahan.
Bagaimanapun, tanpa dijangka, akhbar milik Umno itu pun turut membangkitkan perkara yang sama dalam laporan muka depannya berkaitan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014.
Laporan itu memaparkan gambar besar sultan Johor, dengan tajuk "Wajarkah" dengan tajuk kecil: "Kerajaan Johor mahu bentang undang-undang beri kuasa kepada sultan dalam pentadbiran."
Sumber peringkat tinggi, yang tidak mahu namanya disiarkan,
memberitahu Malaysiakini bahawa dalam perbincangan tidak rasmi antara ADUN kedua belah pihak, wakil rakyat BN di Johor juga membayangkan rasa tidak puas hati mereka dengan rang undang-undang itu.
Sumber itu menambah bahawa sentimen yang sama turut disuarakan oleh parti pemerintah di peringkat pusat.
Bagaimanapun, Presiden Kelab Penyokong BN Johor, Samsol Bari Jamil, ketika dihubungi hanya berkata, beliau menyokongnya jika ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan negeri.
Namun, hanya BN mempunyai yang mempunyai jumlah ADUN untuk memastikan rang undang-undang itu dipinda mengikut prinsip-prinsip pemisahan kuasa apabila dibentangkan pada hari Isnin.
[Baca berita penuh]
Pakatan Johor serba salah sokong RUU kontroversi
Kuasa Sultan lebih luas melalui enakmen baru
'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab'