MALAYSIAKINI
NGO pro-Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa penasihat DAP Lim Kit Siang berhasrat untuk menghapuskan kaum Melayu serta agama dan budaya golongan itu.
Timbalan presiden NGO tersebut, Aminuddin Yahya berkata, Lim tidak harus berpura-pura dan berselindung di sebalik "topeng ke-Malaysia-an".
“Kit Siang tidak perlu berpura-pura dan berselindung lagi.
“Hakikatnya dia ingin menghapuskan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu. Sejak tahun 60-an lagi dia sudah menolak Melayu,” katanya dalam satu tulisan yang disiarkan laman web NGO tersebut.
Aminuddin berkata beliau melihat perkara itu berdasarkan perlembagaan DAP yang menumpukan sosialisme, yang didakwa bercanggah dengan Islam.
“Itu bukti menunjukkan DAP anti-Islam," tambahnya.
Beliau juga berkata, sikap itu diperhatikan melalui sokongan DAP ke atas Majlis Perundingan Agama (IFC), Comango dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Mengulas mengenai dakwaan Lim bahawa ISMA menyebar politik kebencian, Aminuddin mendakwa kritikan pemimpin DAP itu berpunca daripada niatnya untuk memastikan orang Melayu berpecah belah.
“Ini kerana jika Melayu bersatu maka DAP akan lenyap daripada persada politik negara.
“Jadi kali ini saya menasihatkan agar beliau bersara segera daripada politik kerana dia sudah tidak relevan lagi. Zamannya sudah berakhir,” katanya lagi.
Perang mulut antara DAP dan ISMA itu bermula dengan kenyataan seorang pemimpin NGO tersebut yang menyifatkan parti berkenaan sebagai barah yang harus disingkirkan dari negara ini.
DAP membalas cemuhan tersebut dengan mendakwa, ISMA kini dalam keadaan panik semakin kehilangan pengaruh.