Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hudud bukan seperti seekor gajah

$
0
0

Oleh LANJUSOH




Orang yang tidak faham Kanun Jenayah Syariah bercakap mengenai hukum hudud seumpama orang buta mahu mengenali gajah.Mereka kata gajah seperti tali apabila memegang ekor.Ada yang kata macam kipas ketika pegang telinga.

“Begitu juga mengenai hudud, di mana kita masih berdepan dengan orang yang masih buta agama dan al-Quran. Mereka bercakap tentang agama dalam keadaan buta agama

“Mereka mahu bercakap mengenai hukum hudud lebih teruk daripada orang buta yang nak kenal gajah,” kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) 24 Mei lalu.

Perumpamaan itu dilontar bagi menggambarkan keadaan masyarakat di Malaysia.

Ramai yang tidak tahu mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, namun mahu bercakap mengenainya.

Tentunya apabila orang yang bukan ahli bercakap, menambah lagi keliru masyarakat lebih-lebih lagi golongan bukan Islam.

Tambah mengeruhkan lagi keadaan apabila ada  pemimpin besar mendakwa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan sebagai hudud PAS.

Mana hudud Umno Biar pun dituduhnya sebagai hudud PAS, sebaliknya Umno sehingga kini tidak pula menghasilkan hudud versi mereka sendiri.

Bagaimanapun tomahan tersebut sekarang tidak lagi kedengaran. Mereka dilihat lebih berhati-hati berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hudud melibatkan soal akidah.

Mungkin juga tanpa diduga Dr Mahathir, pemimpin Umno yang ada sekarang sanggup membuat u-turn dengan pusingan 360 darjah.

Ketua Umno Jerai, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ketika berucap di parlimen memberitahu pihaknya sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu membentang enakmen hudud.

Malah beberapa pemimpin Umno termasuk Tan Sri Annuar Musa, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato’ Alwi Che Ahmad memberi bayangan awal turut mahu menyokong usul hudud.

Apa yang belaku sekarang mungkin tidak pernah dijangka Dr Mahathir. Beliau tetap istiqomah menentang hudud, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali.

“Nampaknya satu-satunya pemimpin Umno yang istiqomah menentang hudud ialah Dr Mahathir.
Beliau tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang,” katanya ketika mengulas pembentangan hudud.

Sejak nada Umno tibatiba berubah, kompenan Barisan Nasional (BN) pula mengambil langkah sebaliknya.

MCA dan Gerakan mengugut mahu menyaman kerajaan Kelantan. Bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, penentangan kompenan BN berlaku kerana Umno tidak menggunakan peluang untuk menjelaskan hudud.

Biarpun sudah bersahabat sejak merdeka, namun Umno biarkan MCA, Gerakan dan MIC terus keliru.

Keadaan berbeza berbanding persahabatan PAS dengan DAP, biar pun mereka juga menentang hudud, namun tidak senyaring MCA dan Gerakan.

DAP hanya membangkitkan hudud bertentangan dengan perlembagaan tanpa mengadakan kempen menentang apa yang diperjuangkan PAS.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, apabila PAS berdepan dengan orang yang tidak faham, ianya lebih teruk daripada bercakap dengan orang kurang waras.

Semuanya ada kaitan dengan Islam “Bagaimanapun dalam konteks Kelantan, apabila ada yang bercakap tentang syariat daripada kalangan menteri, kita sambut positif.

Lagipun Kanun Jenayah Syariah II ketika digubal melibatkan ramai tokoh terkenal.

“Antaranya Tun Salleh Abas, Prof Ahmad Ibrahim, Dato’ Harun Taib, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman dan ramai lagi, di mana sebahagian besar mereka sudah meninggal dunia.

“Malah Tun Saleh Abbas pernah memberitahu kalau laksana hukum Islam tentunya hakim boleh rehat kerana orang tidak berani membuat salah,” katanya.

Pada tahun 1930 pernah berlaku dialog di Vatican antara timur dan barat.

Wakil barat menegur Islam kerana melaksanakan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Dr Maarof Addawalibiy menjawab soalan itu dengan berkata, kalau nak faham Islam mesti memahami hakikat Islam, fitrah dan diri manusia itu sendiri. Kata Presiden PAS, pihaknya terpaksa membaca dan mengkaji pelbagai pandangan ulama dan bukan sekadar empat mazhab sahaja.

“Selepas membuat rang undang-undang kami bentang kepada umum, diseminarkan kepada Islam, bukan Islam, NGO dan turut DAP hadir.” ujar Abdul Hadi.

Malangnya wakil Umno tidak hadir. “DAP sedia berbincang. Sebaliknya MCA, MIC dan Umno tidak bersedia untuk bincang,” katanya.

Dalam Islam hukuman berbeza biar pun melibatkan kes sama. Imam Shafie ketika ditanya tentang kes lima lelaki merogol seorang wanita tetapi dijatuh dihukum berbeza.

Pesalah yang pertama dihukum bunuh, yang kedua rejam, ketiga sebat 100 rotan, keempat 50 sebatan dan orang kelima dibebaskan.

Imam Shafie menjawab orang yang pertama dihukum bunuh kerana murtad sebab dia menghalalkan zina. Orang kedua muhsan (telah berkahwin) dihukum rejam.

Peranan hakim Orang ketiga ghair muhsan (belum berkahwin) dihukum sebatan 100 rotan, keempat pesalah dihukum sebat 50 kali kerana dia seorang hamba dan pesalah yang kelima gila maka dia dibebaskan.

Sebab itulah dalam Islam peranan hakim sangat penting bagi menentukan hukuman bagi memberi keadilan kepada penjenayah.

Apa yang penting kata Tuan Guru Abdul Hadi, penjenayah takut kepada hukuman.

Ahli parlimen Pasir Mas Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula memberitahu terdapat enam golongan yang menentang perundangan Islam iaitu sekular, di mana mereka merupakan golongan yang menghina hudud.

Golongan kedua bercakap lebih berlapik dengan mengatakan menerima hudud tetapi tidak sesuai. Pelakuan itu melibatkan dosa besar.

Golongan ketiga menerima hudud atas dasar politik dan bukan bersumber aqidah. Contoh yang rapat dengan kes itu ialah Umno apabila menerima hudud kerana politik.

“Umno memang suka apabila DAP menolak hudud. Rugi baginya kalau DAP menerima hudud kerana Umno mengharapkan sokongan orang Melayu.

“Mereka membuat tomahan supaya orang berfikir PAS dan Umno serupa dalam isu hudud.

“Sebenarnya ramai sahabat masuk Islam atas dasar politik seperti Abu Sufian tetapi akhirnya Rasulullah s.a.w. memberinya tarbiah,”katanya.

Golongan keempat pula menganggap perundangan hudud belum sampai masanya untuk dilaksanakan.

Mereka memilih isu teknikal bagi mengatakan Kanun Jenayah Syariah belum sesuai dilaksanakan.
Kumpulan kelima pula membawa alasan-alasan berasas siasah syariah.

Dan golongan keenam iaitu pihak yang bersiap sedia melaksanakan hudud seperti diusahakan kerajaan Kelantan sekarang. Apa yang penting Kanun Jenayah Syariah dapat dilaksanakan.

“Kita mahu menjadikan Kelantan sebagai model pertama di Malaysia dapat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II,” ujar Nik Abduh.

Kata beliau juga hendak mencari suasana kondusif seperti digambarkan beberapa pihak sebelum ini, 100 tahun pun ia tidak akan muncul.

“Kita di Kelantan telah memberi kefahaman yang mengambil masa 20 tahun untuk me-yakinkan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Kelantan tidak miskin macam Sudan sehingga menarik semula perundangan hudud yang dilaksanakan Jaafar Remeri. Lagipun pelaksanaannya dibuat tergesa- gesa tanpa kajian mendalam seperti di Kelantan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722