Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Apabila Pegawai Tinggi Kerajaan Menganggap Rakyat Otak Kartun

$
0
0
Oleh Mummy Rokiah


Visual kartun iklan GST yang dibelanjakan puluhan juta ringgit oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar nampaknya dihentam hebat oleh beberapa pihak. Di antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Selain dari Irwan Siregar seorang lagi pegawai yang yang berotak kartun ialah Setiausaha Bahagian Analisa Cukai Perbendaharaan, Datuk Siti Halimah Ismail.


Kedua-dua mereka ini didesak supaya bersara awal kerana menurut Puad papan iklan GST kartun gagal membawa mesej yang berkesan kepada rakyat.

Menurut beliau paparan visual iklan kartun GST di tepi jalan raya adalah satu perkara yang amat memalukan sebab orang ramai tidak sempat membaca kerana hurufnya yang sangat kecil membuatkan pembaca pening kepala kecuali mereka memberhentikan kenderaan beberapa minit untuk membacanya.

Inilah akibatnya jika ada pegawai-pegwai yang menganggap rakyat boleh diyakinkan dengan watak-watak kartun. Hakikatnya kartun telah mengusai bukan setakat anak-anak remaja tetapi kini kartun juga telah menguasai pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Spiderman, Superman, Doraeman, Angry Bird, Sponge Bob dan lain-lain adalah kartun-kartun yang hidup dalam kehidupan seharian masyarakat kita.

Mungkin atas pertimbangan ini Irwan Serigar dan Siti Halimah mudah diyakini pakar perunding iklan untuk berbelanja jutaan ringgit bagi memahaman rakyat bahawa GST bukan cerita kartun.

Persoalannya bukan setakat Irwan Serigar dan Halimah yang perlu bersara awal tetapi juga Menteri Keewangan dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan juga harus dipertanggung jawabkan dalam memperkartunkan rakyat dalam hal GST ini. "Ada berani?".

WASALLAM.http://mummyrokiah.blogspot.com/



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722