MALAYSIAKINI
DAP menawarkan bantuan guaman kepada Zarina Abdullah Majid untuk meneruskan rayuan bagi membolehkan statusnya sebagai penganut agama Islam digugurkan dari rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
Seorang ADUN dari parti tersebut, Lau Weng San berkata ia bagi membantu Zarina untuk membetulkan perkara itu.
Statusnya sebagai penganut Islam yang direkod dalam kad pengenalan berkenaan menyebabkan beliau ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika melangsungkan perkahwinan mengikut adat Hindu, Ahad lalu.
ADUN Kampung Tunku itu berkata, beliau sudahpun mendapat maklum balas daripada peguam yang bersetuju memberikan khidmat secara sukarela.
"Kita akan beri bantuan guaman jika mereka memerlukan.
"Petang ini juga saya menerima emel daripada beberapa peguam untuk beri bantuan pro bono untuk membantu membetulkan perkara ini (kes Zarina)," katanya.
Beliau ditemui Malaysiakini ketika mengunjungi kediaman wanita berusia 32 tahun itu yang terletak di kawasan yang diwakilinya, semalam.
Lau bagaimanapun tidak berjaya menemui wanita tersebut, yang difahamkan sudah berlepas ke luar negara untuk berbulan madu bersama suaminya.
Perkara itu diberitahu oleh seorang saudara Zarina, yang tinggal di blok pangsapuri sama.
Wanita tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai Munyamar, memberitahu Lau demikian selepas melihat ADUN berkenaan mengetuk pintu rumah Zarina beberapa kali tanpa menerima sebarang jawapan.
Lau seterusnya berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai daripada seorang rakan terdekat Zarina yang juga tinggal di bangunan sama.
Rakan Zarina, yang enggan mendedahkan namanya itu kemudian memaklumkan bahawa pasangan itu mungkin meluangkan masa selama dua minggu di India untuk berbulan madu.
Lau berkata, beliau akan cuba menghubungi pengantin baru itu sekali lagi apabila mereka pulang ke tanah air.