MALAYSIAKINI
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin menafikan laporan bahawa 'sejumlah besar' wang tebusan dibayar untuk membebaskan warga China dan Filipina dalam satu kes penculikan bersenjata di Sabah.
Katanya, kes tebusan yang dilepaskan tanpa melibatkan bayaran wang tebusan seperti itu juga pernah berlaku sebelum ini.
"Perdana menteri sudah kata tidak (ada bayaran) dan memang tidak (ada bayaran) dan ini bukan satu perkara yang baru.
"Saya masa di KDN (Kementerian Dalam Negeri) pun ada kes-kes yang kita dapat pembebasan mereka yang diculik," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan pagi ini.
Laporan Reuters pada akhir bulan lalu mnyebut, sejumlah besar 'wang tebusan' telah dibayar untuk membebaskan dua tebusan wanita yang diculik dari sebuah pusat peranginan di Sabah.
Laporan tersebut bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari sebelumnya, bahawa tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan pelancong China Gao Huayun dan pekerja hotel keturunan Filipina Marcy Dayawan.
Kedua mereka diculik oleh lelaki bersenjata dari kumpulan Abu Sayyaf dari 'Singamata Adventures and Reef Resort' di Semporna 2 April lalu.