Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PM, Menteri Pendidikan diminta beri perhatian terhadap pensyarah UMK ciplak buku ‘Malay Delemma’ siapkan tesis PhD

$
0
0


PM, Menteri Pendidikan diminta beri perhatian terhadap pensyarah UMK ciplak buku ‘Malay Delemma’ siapkan tesis  PhD



Sekumpulan ahli akademik dari Kota Kinabalu mahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberi perhatian serius, terhadap  seorang pensyarah yang juga Timbalan Dekan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang didakwa menciplak buku ‘Malay Delemma’ untuk menyiapkan sebahagian tesis ijazah kedoktoran falsafah (PhD).

Pensyarah sama juga sebelum ini pernah dilaporkan telah menciplak karya drama terapi Eropah ‘bulat-bulat’ bagaimanapun ia dinafikan oleh pihak pentadbiran UMK sendiri.

Nusra Fadeli  yang mewakili sekumpulan ahli akademik dari Kota Kinabalu itu berkata, sindrom penafian dibuat oleh pihak pentadbiran UMK  terhadap seorang timbalan dekannya menciplak karya orang lain dalam tesis PhD  akan merosakkan sistem akademik negara.

“Kami ingin memberikan contoh yang sangat nyata, iaitu pensyarah itu menyalin bulat-bulat buku tulisan Tun Dr. Mahathir ‘The Malay Dilemma’ sebanyak 7 helai secara terus menerus, iaitu thesis dari mukasurat 10 hingga 16.

“Ini adalah penipuan yang sangat serius. Dengan cara menyalin bulat-bulat dari pelbagai sumber, sesiapa sahaja boleh ‘siapkan’ thesis PHD dalam masa 3 bulan,” ujarnya.

Justeru beliau mahu Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan  memberikan perhatian kepada perkara ini.

“Ini kerana ia melibatkan penyalinan bulat-bulat buku terbitan Tun Dr. Mahathir, tetapi dikesali ia masih cuba dinafikan oleh Naib Canselor UMK, Kami berharap perkara ini mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Harapan,” ujarnya lagi.

Nusra  turut berkata, pihaknya  terkejut dengan kenyataan dibuat oleh Naib Canselor Prof Datuk Husaini Omar pada 5 Julai lalu.

“Kami ahli akademik merasa amat terkejut dengan penafian yang dibuat oleh UMK berkenaan seorang pensyarah UMK, seorang timbalan dekan, yang memperolehi sijil PhD secara menyalin bulat-bulat dari beberapa buah dan sumber online.

“Kami rasa sindrom penafian ini akan merosakkan akademik negara, dan orang yang melindungi pelaku plagiat boleh dikira bersubahat,” ujarnya yang sebelum ini telah menghantar bukti jelas kepada UMK dan Majlis Professor Negara sejak 2015 tapi terus dinafikan hingga kini.

Pada 5 Julai lalu FMT melaporkan  satu Jawatankuasa yang ditubuhkan UMK untuk menyiasat dakwaan seorang timbalan dekannya menciplak karya orang lain dalam tesis PhD mendapati dakwaan itu tidak benar.

Link ciplakan dari buku ‘Malay Delemmadi sini
Link buku ‘Malay Delemmadi sini
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722