OLEH MD IZWAN
Yammy Samat (kiri) berada di sisi anaknya, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK Teluk Intan yang diadakan 31 Mei lalu.
Ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tidak kisah sekiranya dipecat daripada Umno kerana menyokong anaknya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu. Yammy Samat berkata terserah kepada pihak kepimpinan untuk mengambil sebarang tindakan ke atas dirinya, sama ada mahu menggantung keahlian atau memecat.
"Terpulanglah kepada Umno dan MT (Majlis Tertinggi) untuk buat keputusan, nak gantung, nak buang atau nak pecat saya... itu terserah kepada mereka,” kata Yammy dipetik berkata dalam Sinar Harian hari ini.
Mengenai surat tunjuk sebab yang dikatakan dihantar, Yammy berkata setakat ini surat tersebut masih belum diterimanya.
"Saya nak lihat dan baca dulu kandungan surat itu, baru pertimbang nak jawab balik atau diamkan diri sahaja," kata beliau.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat tunjuk sebab dihantar kepada Yammy susulan tindakan beliau menyokong anaknya bertanding dalam PRK Teluk Intan. Dyana Sofya tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi pada 31 Mei lalu.
Yammy turut meengumumkan keluar Perkasa ketika tempoh kempen sedang berjalan. Dia turut menafikan pernah menjadi ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya jawatan itu disandang oleh Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua Wanita Umno.
Kontroversi tercetus semasa PRK Teluk Intan apabila Dyana Sofya yang dibesarkan daripada keluarga Umno dan graduan universiti bumiputera, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertanding atas tiket DAP. Yammy secara terbuka menyokong anaknya sepanjang tempoh berkempen pilihan raya tersebut.