Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kenyataan Pas dianggap umum

$
0
0

 Ahmad Marthada Mohamed
Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed
 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Pas Pusat mengenai pelantikan tiga serangkai sektor judisiary sangat membimbangkan umat Islam dianggap sebagai terlalu umum.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, kenyataan itu boleh mengundang salah faham dalam masyarakat yang sebenarnya pelantikan mereka berdasarkan kelayakan dan bukan berdasarkan pertimbangan.

Menurutnya, Pas perlu lebih profesional di mana mereka boleh mempertikaikan pelantikan  tetapi tidak boleh membuat satu kenyataan umum bahawa pelantikan boleh menimbulkan kebimbangan kepada umat Islam.

"Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum sebenarnya paling layak kerana beliau adalah hakim paling kanan sekali dalam Mahkamah Persekutuan jika dibandingkan dengan Tun Md Raus Sharif.

"Tidak dinafikan memang ada kegusaran dalam Pas berdasarkan kepada kes-kes yang diadili sebelum ini seperti kes Lina Joy, kes penggunaan kalimah ALLAH namun kita perlu melihat bahawa penghakimannya  berdasarkan undang-undang Persekutuan yang berlandaskan kepada kebebasan individu untuk beragama," katanya kepada Sinar Harian.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Richard Malanjum Ketua Hakim Negara baharu ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Ketua hakim, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan ]

Ahmad Marthada yang juga  Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM)

berkata, dalam sesuatu kehakiman keputusan adalah berlandaskan majoriti dan bukannya individu.
Mengulas mengenai pelantikan Peguam Negara, Thommy Thomas pula, beliau dilantik berdasarkan kontrak dua tahun.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyatakan pelantikan beliau dibuat khusus untuk memastikan kes 1MDB akan diadili dengan secepat mungkin. Itu matlamat beliau dilantik.

"Sebenarnya, tiada isupun mengenai pelantikan Thommy Thomas kerana beliau dilantik khusus untuk 1MDB diadili segera," katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722