Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Siasatan perlu terbuka elak kekeliruan

$
0
0

Tun Dr Mahathir Mohamad 
Tun Dr Mahathir Mohamad


GOMBAK - Siasatan dalam menentukan status halal sesuatu produk itu hanya akan menimbulkan kekeliruan jika ia tidak dikendalikan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, siasatan itu juga perlu dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan teratur.

"Jika sesiapa sahaja boleh lakukan (ujian status halal) dan mengenal pasti sesuatu produk itu haram, akhirnya ia akan menimbulkan masalah sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury.

Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia yang mengesahkan produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada DNA babi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah, siasatan tersebut juga perlu dilakukan secara telus dan terbuka bagi mengelakkan kekeliruan apabila maklumat mengenainya tersebar di media sosial.

"Apabila hendak melakukan siasatan, ia perlu dibuat secara terbuka dan terbukti kesahihannya.

"Jika tidak (tersembunyi) dan ada pula orang yang membocorkan maklumat itu kepada media sesuatu itu haram, ia juga boleh menimbulkan kekeliruan," katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722