Denison Jayasooria berkata kerajaan Pakatan Harapan belum menjelaskan pendirian tentang perkara itu.

Seorang ahli akademi menyeru kerajaan lebih telus dalam soal Zakir Naik. (Gambar Bernama)
Mengingatkan PH akan janjinya, Denison Jayasooria berkata pentadbiran dulu gagal bersikap telus.

Denison Jayasooria.
“PH perlu berhati-hati. Mereka tidak menjelaskan isu itu kepada orang ramai,” katanya kepada FMT.
Beliau merujuk kepada pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hujung minggu lepas.
Laporan berkata India mahu Naik dihantar pulang untuk disiasat selepas didakwa menghasut golongan belia melibatkan diri dengan aktiviti keganasan.
Jayasooria, seorang felo penyelidikan di Institut Pengajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, PH perlu mempertimbangkan sensitiviti kaum lain yang pernah dikritik Naik.
“Naik mengeluarkan beberapa pandangan melampau tentang agama yang tidak konsisten dengan kebebasan dan keharmonian di Malaysia,” katanya.
Tambahan pula, India memiliki penduduk beragama Islam antara yang terbesar di dunia dan tiada penghijharan besar-besaran dari negara di benua kecil itu, tidak seperti Rohingya.
Beliau berkata Putrajaya mesti mendapatkan pandangan daripada Pesuruhjaya Besar Malaysia ke India tentang Naik.
Lagipun, India mempunyai sistem kehakiman di mana keputusan mahkamah boleh dicabar.
Oleh itu, Dr Mahathir dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan pendirian tentang Naik.
Beliau berkata pentadbiran itu juga perlu menjelaskan mengapa kerajaan dulu memberikan pemastautin tetap kepada Naik ketika ramai orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan masih menunggu permohonan diluluskan.
“Mengapa perlu segera jadikan dia pemastautin tetap? Rakyat mahu tahu,” kata Jayasooria.
Beliau juga tidak bersetuju dengan Dr Mahathir yang berkata Naik boleh terus berada di Malaysia selagi tidak menyebabkan masalah.
Beliau berkata kerajaan tidak patut mengeluarkan kenyataan yang samar-samar seperti itu, dan menggesa kerajaan menjelaskan alasannya sebalik pendiriannya ke atas isu Naik secara jelas.