Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dua ditarik balik pengantungan, seorang dipecat dan tiga digantung

$
0
0

Fiza Halim


PETALING JAYA  : Setelah meneliti dan melakukan siasatan Lembaga Disiplin KEADILAN telahmengambil beberapa tindakan tatatertib terhadap beberapa ahli
parti yang melanggar displin.

PKR-logoKes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 3 Jun 2014 yang dipengerusikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong, antara yang diambil tindakan ialah Azrai Abdullah daripada Cabang Hulu Langat dipecat dari kerana menyalahgunakan kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April lalu.

Selain itu, Jol Jolhi Bee dari Cabang Batang Sadong digantung keanggotaan parti serta merta sehingga siasatan selesai kerana beliau menang jawatan ketua cabang tanpa bertanding dan didakwa terlibat menanda kertas-kertsa undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 29 April yang lalu.

“Dua lagi anggota yang digantung anggota selama setahun ialah dari Cabang Selayang iaitu Shanmuganathan A/L Velu dan Patmanathan A/L Nadarajan.

“Dalam sesi pendengaran mereka yang diadakan pada 31 Mei lalu, mereka didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Tan, Norizan Omar dan Azman Yaakob yang kedua-duanya dari Cabang Selayang telah ditarik balik pengantungan anggota dalam parti.

“Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden dalam sesi pendengaran yang diadakan pada 31 Mei 2014, Biropolitik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan mereka,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722