Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

G25 bimbang pemilihan Johari sebagai speaker Dewan Rakyat

$
0
0
MALAYSIAKINI

   

Kumpulan masyarakat sivil, G25 menyatakan kebimbangan mereka hari ini terhadap pemilihan anggota parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai calon speaker Dewan Rakyat.

Kumpulan bekas penjawat tinggi awam itu berkata pemilihan itu 'dibimbangi' memandangkan peranan Johari sebelum ini sebagai  pengarah Biro Tata Negara (BTN) dan ketua whip parlimen PKR.

"Johari adalah bekas pengarah BTN, sebuah agensi kerajaan yang telah banyak dikritik pada masa lalu.

"Lebih membimbangkan, Johari adalah bekas ketua whip PKR di Parlimen - peranan yang jelas menunjukkan partisan dan tidak sepatutnya menyandang jawatan speaker Dewan Rakyat yang mesti neutral terhadap semua perkara," katanya dalam satu kenyataan.

G25 menambah, terdapat calon lain yang lebih layak menjadi speaker Dewan Rakyat seperti bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai contoh.

Hishamudin dan Ariff, tambah mereka mempunyai rekod prestasi cemerlang untuk menjalankan tugas secara adil.

Bagaimanapun, pelantikan sedemikian akan melanggar manifesto pilihan raya HARAPAN yang telah berjanji bahawa speaker akan dilantik dari kalangan anggota parlimen.

Manifesto itu juga berjanji bahawa speaker Dewan Rakyat perlu meletakkan jawatan mereka dalam parti politik selepas dilantik ke jawatan itu.

Menurut G25, speaker di House of Commons United Kingdom kebiasaannya mengundurkan diri dari parti mereka dan tetap menjarakkan diri daripada isu-isu politik.

"G25 mengulangi keperluan penting dan segera untuk reformasi Parlimen.

"Parlimen adalah cabang ketiga kerajaan dan tidak boleh diperlakukan seperti politik padang bola sepak," ujar mereka.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722