
Gambar yang dikongsi Ustaz Kazim di laman Facebooknya.
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kompleks Al Barakah untuk dijual?]
“Macam-macam komen daripada yang betul ditokok tambah sampai jadi macam-macam komen.
Beliau akan mengadakan sidang media di kompleks itu esok pagi bagi menjelaskan kedudukan sebenar susulan tahfiz itu didakwa berdepan masalah kewangan apabila sebahagian bangunan itu ditawarkan untuk dijual melalui satu iklan di sebuah laman sesawang.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada arahan halang berceramah']
[ARTIKEL BERKAITAN: Jual Kompleks Darul Barakah keputusan menyedihkan]
Dalam pada itu, beliau yang mengesahkan iklan itu memberitahu sesiapa sahaja boleh hadir pada sidang media itu bagi mendapat penjelasan sebenar.
“Siapa pun boleh datang untuk dengar dan bertanya. Tak perlulah libatkan pihak-pihak yang tak ada kena mengena pun. Sabar ya, esok saya beritahu.
“Saya bukan orang politik, bukan dapat apa-apa kontrak pun. Saya cuma pendakwah dan ada sekolah pondok. Ramai yang sudi bantu pun dah syukur banyak-banyak,” katanya.
Bangunan Tahfiz Darul Barakah yang beroperasi sejam enam tahun lalu itu menempatkan ratusan pelajar tahfiz.