Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jho Low dipercayai guna pasport negara lain

$
0
0


Jho Low cuba jumpa Mahathir?
 
 
PUTRAJAYA - Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara lain pada masa ini selepas Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan pasportnya pada 15 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

"Mungkin sekarang dia menggunakan pasport negara lain yang dia ada," katanya ketika ditanya perkembangan terkini tentang pembatalan pasport ahli perniagaan tersebut.

Pada 15 Jun, Jabatan Imigresen membatalkan  pasport Jho Low atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ditanya tentang pasport negara manakah yang mungkin digunakan Jho Low sekarang, Mustafar yang ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini menjawab: "Saya tidak tahu."

Menurut laporan media, pasukan Polis Diraja Malaysia yang menjejaki Jho Low di Hong Kong mendapati ahli perniagaan itu sudah melarikan diri ke Macau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722