Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Senator PKR akan terima jawatan penasihat khas lepas jumpa MB Perak

$
0
0

 
Siti Aishah Shaik Ismail mahu memastikan jawatan berkenaan tidak bertindih dengan tugas exco sedia ada. 


Siti Aishah percaya pelantikannya sebagai penasihat khas dilakukan atas kapasiti parti dan bukannya individu. (Gambar fail)


PETALING JAYA: Ketua Penerangan PKR Perak Siti Aishah Shaik Ismail berkata keputusan menerima atau menolak pelantikannya sebagai penasihat khas hanya diputuskan selepas mendapat penjelasan menteri besar Perak.

Senator itu berkata, beliau mahu melihat skop tugas yang akan dilaksanakannya jika menerima jawatan berkenaan kerana bimbang berlaku pertindihan dengan tugas exco sedia ada.

“Selepas bertemu dengan menteri besar, barulah saya maklumkan menerima atau menolak jawatan ini. Saya masih menunggu hingga perincian fokus kerja itu saya perolehi,” katanya kepada FMT.

Beliau percaya, pelantikannya sebagai penasihat khas itu dilakukan atas kapasiti parti dan bukannya atas kapasiti individu.
“Ini ialah soal parti dan keputusan untuk saya pergi ke posisi itu harus datang dari parti. Buat masa ini apa yang boleh saya rumuskan adalah parti memberi laluan.

“Ia bukan soal individu, ia soal jawatan parti yang perlu saya isi kerana itu ia perlu maklumat lebih lengkap,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata akan melantik Siti Aishah sebagai penasihat khas.

Faizal bagaimanapun menafikan pelantikan Siti bagi jawatan itu dilakukan disebabkan gesaan dari mana-mana pihak.

Ketika itu, Faizal memberitahu sudah bercakap dengan Siti Aishah secara peribadi dan memberitahu beliau bersetuju menerima lantikan tersebut.

Terdahulu, Siti Aishah mendakwa beliau ditekan pihak tertentu yang memintanya menarik diri walaupun dicalonkan sebagai speaker DUN Perak.

Siti Aishah turut mengaitkan nama Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai antara pihak yang memintanya menarik diri.

Bagaimanapun, Nizar secara terbuka mengeluarkan permohonan maaf kepada Siti Aishah dan menyambut baik keputusan yang dibuat senator itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722