Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Khalid: DBKL terima arahan ‘pihak atasan’ berhubung penjualan tanah

$
0
0

 
Menteri Wilayah Persekutuan berkata DBKL harus dibenarkan berfungsi secara profesional tanpa sebarang arahan yang bertentangan SOPnya.
 
 
 
Khalid Samad mahu urusan DBKL dikendalikan secara profesional tanpa penyalahgunaan kuasa dan rasuah.


KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu Khalid Samad mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima arahan daripada pihak berkuasa tertinggi dalam kerajaan berhubung kontroversi penjualan 64 lot tanah kepada pemaju.

Beliau berkata transaksi di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“SPRM sedang meneliti penjualan 64 lot tanah. Dalam hampir semua kes terdapat arahan dari pihak atasan diberikan,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata DBKL harus dibenarkan berfungsi secara profesional tanpa sebarang arahan yang bertentangan dengan prosedur operasi standardnya (SOP).
“Saya memberi jaminan saya tidak akan memberikan arahan bertentangan dengan SOP. Saya mahu DBKL tidak berfungsi demi kepentingan kroni politik,” katanya selepas mesyuarat tertutup pertama dengan pegawai DBKL semalam.

Pada 6 Jun, pengarah eksekutif (perancangan) DBKL Mohd Najib Mohd mengesahkan SPRM merampas dokumen yang dikaitkan dengan penjualan 64 lot tanah milik DBKL antara 2014 hingga 2018.

Beliau berkata dokumen itu diambil dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan, yang bertanggungjawab mengendalikan projek penswastaan tanah.

Semua kerja di tapak projek dihentikan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng sebelum ini mendakwa DBKL menjual 64 lot tanah bernilai RM4.28 juta sejak 2013 tanpa terbuka terbuka.

Lim berkata kebanyakan pembeli belum membayar premium tanah walaupun bangunan sudah dibina dan terjual, dan ramai juga belum membayar caj pembangunan.

Khalid berkata pegawai DBKL harus membuktikan jika mereka tidak bersetuju dengan apa jua perkara berhubung pelaksanaan kerajaan tempatan, sambil menambah perlunya semak dan imbang yang sepatutnya di DBKL dan lembaga penasihatnya.

Beliau berkata walaupun beberapa sistem Dewan Bandaraya berjalan lancar, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk menghapuskan rasuah.

“Ini adalah era baharu untuk Dewan Bandaraya di mana semua perkara akan dijalankan secara profesional tanpa penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.

“Kami mahu membina imej baharu. Kami mengakui masalah ini, kami tidak menolaknya. Tetapi punca masalah itu tiada lagi di sini dan kita boleh bekerja dengan lebih baik,” katanya.

Khalid juga berkata beliau berhasrat bertemu dengan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membincangkan mengenai isu berhubung Putrajaya Corp.

LIHAT VIDEO DI SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722