Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PH mahu ‘pesalah’ 3 projek era BN di Terengganu dikena tindakan

$
0
0

 
Raja Kamarul Bahrin tertanya siapakah yang bertanggungjawab ke atas masalah projek Taman Ilmu, kompleks bebas cukai di Kenyir dan Stadium Mizan Zainal Abidin yang masih belum dapat dimanfaatkan.





PUTRAJAYA: Pakatan Harapan tertanya siapakah yang bertanggungjawab ke atas masalah 3 projek di Terengganu yang masih belum dapat dimanfaatkan sepenuhnya selepas segala projek susulan atau baik pulih diumumkan.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata sudah banyak wang dibelanjakan untuk pembangunan Taman Ilmu di Besut, kompleks bebas cukai di Kenyir, dan Stadium Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pembangunan Taman Ilmu dilapor sepatutnya siap pada Oktober tahun lepas, kompleks bebas cukai dilapor sepatutnya siap sepenuhnya pada hujung tahun ini, dan baik pulih Stadium Mizan Zainal Abidin, yang runtuh pada 2009, masih belum selesai setakat Januari tahun ini.

“Kita tidak mahu lagi dikenali sebagai negara yang banyak kes jenayah namun tidak mempunyai penjenayah,” kata Raja Kamarul kepada pemberita selepas membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.
“Kenapa masalah ini berterusan dan kenapa kerajaan negeri sebelum ini dan sekarang masih tidak mengambil tindakan terhadap 3 projek ini.”

Raja Kamarul tertanya di mana hasil pelbagai tindakan undang-undang yang diambil dalam kes projek Taman Ilmu, dan siasatan terperinci ke atas peristiwa stadium runtuh pada 2009.

“Sehingga hari ini masih tidak ada satu tindakan yang diambil,” katanya.

Kompleks bebas cukai di Pulau Bayas, Kenyir merupakan sebahagian daripada projek besar zon bebas cukai di Tasik Kenyir.

Fasa pertama projek itu dibuka pada 2017 membabitkan premis jualan sementara di Pengkalan Gawi, yang menjual coklat, bagasi, set pinggan mangkuk, peralatan memasak serta minyak wangi.

“Ke manakah perginya hasil dari penebangan pokok balak yang sudah ditebang untuk projek ini, dan mengapa kontraktor projek ini meninggalkan projek dalam keadaan terbengkalai?” kata Raja Kamarul.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722