Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ramasamy nafi dakwaan Asri terlibat dengan pemberontak Sri Lanka

$
0
0

 
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang berkata beliau dijemput oleh jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan Sri Lanka selepas perjanjian damai dicapai antara Colombo dan LTTE.


Tangkap layar Facebook mufti Perlis yang mendakwa P Ramasamy terlibat dengan Harimau Pembebasan Tamil Ealam.


PETALING JAYA: Pemimpin DAP yang mempersoalkan keputusan kerajaan enggan mengusir penceramah kontroversi, Zakir Naik menafikan beliau terlibat dalam kumpulan pemisah Tamil Sri Lanka, selepas gambarnya yang menjadi sebahagian jawatankuasa Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) dikongsi di media sosial.

Gambar yang diambil pada 2004 itu menunjukkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang mengkritik Putrajaya kerana enggan mengusir Zakir yang berdepan tuduhan berkaitan keganasan di India, mengambil bahagian dalam mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE.

Semalam, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang juga penyokong kuat Zakir, berkongsi kiriman di Facebook yang menyeru pihak berkuasa menyiasat Ramasamy yang dikaitkan dengan LTTE, yang diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

“Pengganas sebenar menuduh orang lain sebagai pengganas,” tulisnya di Facebook.
Ketika dihubungi FMT, Ramasamy berkata Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE bukanlah sebahagian daripada kumpulan pemberontak, yang menjadi dalang di sebalik perang saudara yang berlangsung puluhan tahun di Sri Lanka yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh.

Beliau berkata jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan Sri Lanka selepas perjanjian damai dicapai antara Colombo dan LTTE.

“Saya dijemput untuk menjadi sebahagian jawatankuasa itu, yang terdiri daripada anggota LTTE dan bukan LTTE termasuk ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia,” katanya merujuk kepada Sekretariat untuk Menyelaras Proses Damai (SCOPP).

“Ideanya adalah untuk mendapatkan Cadangan Pentadbiran Interim.”

Ramasamy berkata beliau diminta untuk menyertai jawatankuasa itu kerana dia menulis mengenai konflik di Sri Lanka.

Katanya, beliau tidak terganggu dengan persepsi orang ramai terhadap LTTE sebagai organisasi pengganas.

“Tiada apa-apa, tetapi jawatankuasa itu ditubuhkan untuk membantu proses damai dan mengakhiri konflik bersenjata,” katanya.

Beliau berkata beliau juga terlibat dalam proses damai di Aceh, satu-satunya konflik di Indonesia yang menyaksikan pemberontakan bersenjata dilancarkan oleh Gerakan Aceh Merdeka.

Ramasamy berkata berdasarkan pengalamannya di Sri Lanka, beliau diminta memainkan peranan sebagai penasihat dalam proses damai di Aceh.

Beliau berkata beliau tetap teguh dengan pendirian bahawa Malaysia perlu mengekstradisi Zakir selaras dengan perjanjian ekstradisi dengan India.

“Tetapi saya ingin menegaskan saya tidak pernah menjadi sebahagian daripada LTTE, saya tidak menyokong sebarang organisasi pengganas atau pejuang bersenjata.”

Semalam, Ramasamy mempersoalkan jika ada “perjanjian rahsia” antara kerajaan Malaysia dan India, selepas Putrajaya enggan mengusir Zakir.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap, selagi beliau tidak menimbulkan masalah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722