MALAYSIAKINI
Aktivis LGBT Numan Afifi mendakwa dia dimaklumkan bahawa paparan namanya di laman web rasmi kementerian mempunyai unsur sabotaj.
Melalui kenyataan hari ini, Numan menjelaskan bahawa dia sekadar menolong Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pegawai akhbar sementara sebelum menteri beliau dan sukan itu mempunyai setiausaha akhbar rasmi yang akan dilantik dalam masa terdekat.
"Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan menteri (Syed Saddiq) bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri.
"Menjawab mengenai isu beberapa nama-nama yang tertera di laman web rasmi kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan.
"Saya difahamkan oleh menteri, tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah," katanya."
Syed Saddiq melalui kenyataan di Twitter menyorot khidmat Numan yang baginya "sangat berharga".
"Khidmat Numan sangat berharga sejak hari kempen. Semoga tabah dan saya hormat keputusan anda," katanya.
Minggu lalu, Numan - yang pernah dikritik kerana menganjurkan program berbuka puasa untuk golongan gay - didakwa menjadi pegawai kepada Syed Saddiq di kementerian itu.
Susulan itu, beberapa pihak mengkritik Numan dengan mendakwa seorang aktivis LGBT tidak sewajarnya menjadi pegawai kerajaan.
Nama Numan juga sebelum ini dilaporkan tertera di laman web kementerian itu namun kini telah dikeluarkan.
'Tak perlu panjangkan pelomik'
Isu berkenaan menarik pelbagai reaksi daripada badan awam dan ahli politik yang menyatakan solidariti untuk Numan serta menggesa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak tunduk pada diskriminasi seumpamanya.
Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dalam kenyataan tegasnya mengingatkan HARAPAN bahawa mereka dipilih kerana janji untuk melakukan pembaharuan tanpa meminggirkan mana-mana golongan minoriti.
Setiuasaha Agung PSM Vennusha Priyaa pula mengingatkan agar kerajaan memilih pegawai kerajaan berdasarkan merit dan bukannya "kehidupan peribadi" mereka.
Sementara NGO Hak Asasi Manusia (Hakam) mengecam "diskriminasi terhadap anggota komuniti LGBT".
"Tiada sesiapa yang harus dinafikan peluangnya dalam mengembangkan kerjaya, sama ada dalam sektor awam mahu pun sektor swasta, atas alasan orientasi seks mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Aktivis gender Pang Khee Teik juga mengingatkan HARAPAN bahawa golongan LGBT mengundi mereka atas "janji parti itu untuk membina negara yang tidak meminggirkan mana-mana pihak."
Bagaimanapun, mengulas kanjut Numan berkata, kecaman dan ancaman yang diterimanya menyebabkannya tidak dapat teruskan tugas secara rasmi di kementerian itu.
Numan turut menjelaskan bahawa dia akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan hala tujunya selepas ini.
"Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara Syed Saddiq atas peluang dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di Kementerian.
"Ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat untuk beliau. Saudara Syed Saddiq menghormati keputusan saya ini dan bertegas menolak sebarang bentuk diskriminasi, justeru saya juga memohon supaya tidak dipanjang-panjangkan lagi polemik ini," tambahnya.
Numan juga berterima kasih dan menyatakan rasa terharu atas sokongan yang diterimanya.
"Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis," katanya.