Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Saifuddin di 'kerusi panas', tugas besar turunkan harga barang

 
Image may be NSFW.
Clik here to view.
   

WAWANCARA | Memandangkan kos sara hidup merupakan antara isu utama yang dibangkitkan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh dianggap antara kementerian penting kerajaan baru itu.

Isu tersebut yang gagal ditangani kerajaan dahulu merupakan salah satu faktor tumbangnya BN pada PRU itu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik untuk mengetuai kementerian itu dapat merasakan berat tanggungjawab yang kini dipikulnya.

"saya dapat rasakan bahawa (kementerian) ini kerusi yang sangat panas," katanya tersenyum ketika wawancara bersama Malaysiakini Jumaat lalu.

Beliau mengakui tidak akan dapat menerima jika pembangkang hari ini menawan kembali Putrajaya pada PRU akan datang melalui isu ini.

"Maka cabaran besar HARAPAN adalah mewujudkan satu dasar yang berjaya meningkatkan pendapatan rakyat dan dasar yang boleh mengurangkan kos hidup dalam setiap aspek.

"Saya amat komited (untuk mengurangkan kos sara hidup)," katanya dengan nada tegas.

Image may be NSFW.
Clik here to view.



Kementerian itu bertanggungjawab melindungi hak pengguna dan kini giat memantau harga barang serta mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melanggar undang-undang sebelum PRU lalu.

Dalam minggu pertama sebagai menteri, Saifuddin berkata telah meneliti dokumen dan statistik serta menerima taklimat intensif daripada pegawai kanan untuk menunaikan janji HARAPAN menurunkan harga barang.

Minggu lalu, KPDNHEP membentangkan kajian yang menunjukkan kadar sifar GST yang bermula 1 Jun lalu telah menyebabkan 72 peratus barangan mengalami penurunan harga pada kadar satu hingga 13 peratus.

Bersedia untuk SST

Namun ia hanyalah permulaan kerana Saifuddin dan kementeriannya perlu bersedia dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Sidang parlimen yang akan bermula 16 Julai ini akan menyaksikan GST akan dimansuhkan. SST dilaporkan akan mula dilaksanakan pada 1 September dengan kadar 10 peratus.

Beliau kini sedang membuat persediaan terhadap kemungkinan kenaikan harga barang susulan SST, sistem yang dilaksanakan sejak 1970-an sehingga diganti dengan GST tiga tahun lalu.

"Asasnya mudah, barang atau perkhidmatan yang dikenakan cukai tentunya memberi implikasi kepada pengguna. GST memberi kesan secara terus (kepada pengguna), manakala SST tidak terus," katanya lagi.

Beliau yang juga anggota parlimen Kulim-Bandar Baru berkata kerajaan belum menentukan tarikh khusus bagi pembentangan rang undang-undang SST di parlimen.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata penguatkuasaan semata-mata bukan jawapan untuk menjamin harga barang yang lebih rendah.

"Ia sepatutnya jadi pilihan terakhir kerana sebagai manusia kita tidak suka dikawal. Etika peniaga untuk menurunkan harga jika mereka tahu kerajaan melaksanakan dasar yang akan mengurangkan beban rakyat," katanya lagi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.



Berhubung soal harga petrol, Saifuddin berkata harga runcit RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.20 seliter hingga hujung tahun.

"(Akan kekalkan harga) sekurang-kurangnya hingga akhir tahun untuk stabilkan harga."

Beliau berkata kerajaan masih menggunakan mekanisme harga automatik (APM) yang menentukan harga secara mingguan.

Katanya lagi, ketika HARAPAN menyertakan janji subsidi harga petrol dalam menifestonya, harga minyak mentah dunia sudah pun melebihi AS$50 setong.

"Sekarang harganya kira-kira AS$80 setong," katanya lagi.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722