Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sifar GST satu langkah bijak kerajaan

$
0
0

Sifar GST satu langkah bijak kerajaan
Ahmad Yazid. - Foto Asril Aswandi
 
 
SHAH ALAM - Langkah kerajaan tidak memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan meletakkannya pada kadar sifar merupakan satu langkah bijak bagi mencari punca kepada peningkatan harga barang.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, ini kerana peniaga masih perlu menyerahkan laporan suku tahun GST syarikat mereka dan apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan, kerajaan mampu menjejak segala permasalahan dalam soal harga barang.

“Kalau dahulu masa GST, harga barang naik kita tak tahu puncanya dari mana. Kerajaan salahkan peniaga, peniaga salahkan kerajaan. Pada saya ini cara kreatif bagi kerajaan mengkaji dan mencari punca sebenar permasalahan.

“Saya fikir secara amnya,  GST adalah suatu sistem yang baik jika dikaji di setiap negara yang perkenalkan. Sebaliknya ia dianggap sebagai musuh kepada rakyat dan punca segala permasalahan.

Kebanyakan rakyat Malaysia teruja dengan pengumuman GST sifar dan jangkakan penurunan harga barang kerana gambaran mengatakan kos sara hidup di negara ini meningkat kerana GST. Namun, realitinya berdasarkan kajian yang dilaksanakan MTEM, bahan asas sememangnya ada sifar GST.

Berdasarkan kajian kami yang dibuat sejurus selepas GST sifar, apa yang menarik tentang kajian berdasarkan satu pasar raya ialah, mereka menaikkan harga barang sedikit demi sedikit dalam tempoh tiga hari sebelum GST dan selepas 1Jun lalu, mereka menurunkan harga. Ini mewujudkan persepsi seolah-olah dengan sifar GST, kos barang asas menurun. Saya tidak pasti perkara ini baik atau tidak tetapi realiti harga barang pasar raya itu tetap sama seperti sebelumnya.

Dalam kajian kita juga mendapati 50 peratus rakyat Malaysia menggunakan 78 peratus pendapatan untuk berbelanja. Daripada 78 peratus ini, hanya 14 peratus hanya dibelanjakan untuk barangan dikecualikan GST. Maknanya banyak guna untuk GST.

Kumpulan B40 menggunakan 82.2 peratus untuk berbelanja berbanding T20 menggunakan 49 peratus untuk berbelanja. Secara purata untuk seringgit, 82 sen dari golongan B40 ini digunakan dalam sebulan dan GST ini menyakitkan golongan bawahan.

Apa yang kita nak maklum juga adalah kajian orang berbelanja untuk kenderaan di mana kereta Mercedes turun 56 peratus dengan penjimatan sekitar RM33,000, Perodua Myvi RM3,000 dan Perodua Axia sekitar RM1,000. Maksudnya, orang kaya untung dalam hal ini.

Oleh kerana GST sifar, rakyat mempunyai keyakinan untuk berbelanja. Sebagai contoh, peti ais turun sebanyak 20 peratus, mesin basuh turun sekitar 12 peratus dan penghawa dingin 24.8 peratus. Rakyat akan berbelanja lebih mewah. Namun begitu, kami dapati golongan B40 ini tidak alami peningkatan ketara (berbelanja) kerana mereka sebelum ini memang berbelanja untuk barang keperluan yang sifar GST. Apa yang mereka rasakan sekarang adalah peningkatan dan penurunan yang berlaku di pasar raya.

Kami ada buat kajian setiap suku tahun mengenai persepsi rakyat. kajian kami lakukan betul-betul ketika GST sifar di mana peningkatan keyakinan ekonomi meningkat sebanyak 10 peratus dalam kumpulan B40, M40 dan T20. Tapi  yang kita lihat T20 ini yang untung sebab mereka boleh beli kereta mewah dan rumah mewah. Mereka yang ada kemampuan menikmati ini tetapi bagi mereka dalam B40, lebih kurang sama kemampuan mereka 82 peratus guna untuk barang asas.

Selepas GST, kemungkinan SST akan diperkenalkan dan pengenalan cukai ini akan memberi impak kepada harga barang. Mansuh GST harga barang turun dan pengenalan SST, harga barang naik.

Sudah pasti rakyat mengharapkan kepada penurunan harga barangan. Barang yang tidak naik adalah barangan asas tetapi ia tertakluk kepada tukaran asing iaitu dollar Amerika Syarikat. Ini satu cabaran kepada kerajaan pada hari ini.

Bercakap soal keyakinan rakyat untuk berbelanja, sebenarnya feel good factor itu jelas dirasai rakyat di mana mereka merasakan ekonomi negara kita bertambah baik, barang murah dan mereka berbelanja lebih. Ini turut ditambah dengan kenyataan kenderaan terutama kereta yang dikatakan meningkat selepas GST sifar.

Dari sudut peniaga pula jika sebelum ini mereka perlu membayar kepada kerajaan untuk GST sebelum pelanggan membayar. Sebagai contoh untuk RM1 juta dikeluarkan sebagai modal untuk membeli barang, mereka perlu bayar kepada kerajaan walaupun pelanggan belum membuat bayaran.

Sekarang ini mereka tidak perlu bayar cukai ini dan aliran wang yang sebelum ini dirancang untuk membayar GST. Persoalan sekarang ini bagaimana kerajaan nak galakkan syarikat dan sektor swasta yang ada wang banyak berbelanja lebih bagi merancakkan ekonomi,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722